Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya isu Facebook 'palsu', yang kononnya didalangi Pergerakan Pemuda Umno itu, tidak seharusnya diperbesarkan kerana belum terbukti kesahihannya.
“Hanya sekiranya mereka (Pemuda Umno) didapati bersalah di bawah undang-undang Malaysia, maka seksyen itu boleh digunakan sebagai prosedur jika ada bukti sebelum pihak mahkamah yakin ia satu kesalahan,” katanya
Beliau berkata, akta berkenaan hanyalah prosedur untuk menyabitkan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
Oleh itu katanya, Pemuda Umno tidak boleh didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen terbabit.
“Sehingga hari ini, pihak pendakwar raya masih belum menerima hasil siasatan polis untuk mendakwa Pemuda Umno di bawah apa-apa undang-undang Malaysia, lagipun sayap parti berkenaan boleh menafikan perkara itu bagi menegakkan keadilan,” katanya.
Nazri tidak menolak kemungkinan isu seumpama itu timbul berikutan kurang faham sesetengah pihak mengenai perundangan dalam negara.
Semalam, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, polis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama 'Pemuda Umno Malaysia'
yang memaparkan poster berbaur hasutan.
Setakat semalam hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu.
Poster dalam Facebook itu berbentuk tinjauan - "jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada
gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan