Rabu, 15 Ogos 2012

Anwar sedia kerjasama bantu siasatan RCI Sabah

Ahmad Fadli KC


 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan beliau pernah menentang pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pada tahun 1994.

Anwar menyifatkan ia tidak berasas dan dilemparkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang bertindak sebagai "alat rendah dan murah Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat".

"Kita tidak boleh pandang berat sangat tuduhan ini. Chua Soi Lek ini hanya alat rendah Umno apabila pimpinan Umno tak bersedia menyerang PAS atau DAP," kata Anwar.

Penubuhan RCI diumumkan perdana menteri 11 Ogos lalu bagi menyiasat masalah pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah.

Ia telah lama dituntut Pakatan Rakyat yang mahu Projek IC - dakwaan pemberian kewarganegaraan secara tidak sah tetapi sistematik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri - disiasat secara teliti.

Ia didakwa digerakkan untuk mengubah demoghrafi kaum dan agama bagi mengukuhkan sokongan terhadap BN di Sabah -  satu tuduhan yang telah dinafikan Mahathir.

Menurut Anwar, penubuhan RCI akan membuktikan beliau tidak pernah terlibat dalam pendaftaran kewarganegaraan sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri.

"Anda boleh sahkan fakta bahawa saya tidak pernah terlibat dalam dalam kes pendaftaran kewarganegaraan, di semenanjung dan Sabah dan Sarawak," katanya tegas.

Malah, beliau turut mencabar tuduhan itu disiasat secara terbuka dan beliau sendiri sedia memberi kerjasama penuh membantu siasatan.

"Sepanjang kuasa saya selaku menteri dan timbalan perdana menteri, tugas ini tidak pernah diserah kepada saya dan saya tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat melibatkan keputusan ini.

"Saya hanya faham ini di bawah Majlis Keselamatan Negara dan di bawah unit khas di bawah perdana menteri," kata Anwar selepas solat terawih di kediaman menteri besar Selangor malam tadi.

Mengulas tuduhan kumpulan pendesak PERKASA yang beliau merupakan ahli kumpulan Freemason, Anwar menyifatkan ia dibuat presiden PERKASA, Ibrahim Ali bagi mendapatkan dana pilihan raya daripada pihak tertentu.

"Dia ini dua beradik dengan Chua Soi Lek daripada cara dia bercakap. Saya biar dulu dia pukul gendang maklumlah keperluan dana pilihan raya.

"Kalau nyata tohmahan itu fitnah, sebagai seorang Muslim, hentikan fitnah jahat ini dan ikut jalan lebih lurus," kata Anwar.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang cakap betul ni? Dua2 pun ada masalah xxx..

Tanpa Nama berkata...

Takkan Soi Lek sembarang saja buat kenyataan seperti itu jika ianya tidak benar? Anwar mahu dolak dalih lagi?

Mumbai berkata...

Suatu ketika dahulu Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri yang banyak mengatur perkembangan serta hal-ehwal negeri Sabah termasuk meluluskan perjudian.. takkan la Anwar tidak tahu pasal Projek IC?

Mumbai berkata...

melihat kepada keadaan sekarang ini, penyokong2 Anwar cuba menghalalkan apa yang dibuat oleh Anwar di Sabah ketika dahulu. Malah mereka 'bermati2an' mengharapkan Anwar akan menjadi pemimpin negara dengan 'membutakan mata' terhadap apa yang di buat oleh Anwar Ibrahim dahulu termasuk di Sabah.

Mumbai berkata...

kalau betullah Chua Soi Lek tipu, kenapa Anwar tidak saman saja dia? bukan Anwar paling suka bab saman menyaman ka??

Mumbai berkata...

memang sudah dijangkakan, Anwar akan nafikan apa sahaja tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau.. ada bukti atau tidak, dia tetap akan nafi.. dan tidak mustahil jika selepas ini dia akan arahkan penyokong2nya untuk melakukan demonstrasi khas untuk mempertahankan beliau..

mantera berkata...

RCI dah lama dituntut oleh Pakatan? bukan Pakatan bercadang nk beri status PR kepada PATI ke? huhu

drako drakonius berkata...

Members of the RCI come from different professional backgrounds and are eminent members of the civil service. However, question has been asked as to why there is no representative from NGOs (Non-Governmental Organisation) or civil society movement. Opposition leaders have also complained that members of the RCI are “pro-establishment”. Now, we come to the timeframe given to the RCI to complete its tasks. Six months might not be enough to investigate a perennial and complex problem. Further, as the timeframe given coincides with the expiry of the parliament’s term, the RCI will have no choice but to complete its investigation before the election is called. This will be difficult as the RCI will have no flexibility in determining the pace of its investigation. What if the RCI wants to extend its investigation due to lack of cooperation from witnesses? Or, what if the RCI needs more time to obtain more data? Holding the election before the RCI completes its mission will only reinforce the notion that the formation of the inquiry body is not more than a “political ploy”. Sabahans have been waiting for so long for actions to be taken.

Sanih Alias berkata...

Mungkin Anwar dalam ketakutan sekarang ini atas apa yang berlaku. Penubuhan RCI ini akan membongkarkan rahsia apa yang Anwar telah lakukan semasa menjadi TPM dahulu.

Unknown berkata...

Tidak mungkin Anwar langsung tidak mengetahui tentang RCI. pasti ada yang disembunyikan.