MALAYSIA KINI
Kepelbagaian
jenis lemang yang disediakan oleh Mohd Khairul Nisam Md Ali, seperti
lemang pulut hitam, lemang jagung dan lemang pulut susu menyebabkan
lemang yang diusahakan menjadi perhatian ramai.
Selain itu, Mohd Khairul, 36, juga turut membuat lemang tepung, durian dan ubi jika terdapat tempahan daripada orang ramai yang mahukannya untuk dijadikan juadah istimewa pada hari raya Aidilfitri.
Sejak memulakan perniagaan pada 1997, dia kini boleh berbangga kerana mempunyai pelanggan setia yang mahu merasai keenakan dan kelembutan lemang yang disediakannya.
Gerainya yang terletak di Batu 10, Jalan Langgar-Pokok Sena menjadi tumpuan ramai kerana keistimewaan lemang tersebut berikutan rasanya yang enak dan menepati cita rasa orang ramai malah lemangnya juga turut masak dengan sempurna.
"Teknik kawalan api yang membuatkan lemang saya ini masak sepenuhnya. Ramuan yang saya hasilkan seperti menggunakan 'pulut siam' dan santan kelapa asli menjadikan lemang itu berkualiti," katanya kepada Bernama.
Mohd Khairul berkata menjelang tiga hari lagi untuk menyambut Aidilfitri dia dan 23 pekerjanya sibuk membakar lemang dalam tempoh 24 jam bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan yang datang tidak kira masa.
Katanya setiap hari dia akan membakar lemang antara 400 hingga 800 batang sehari untuk dijual kepada pelanggan yang datang daripada pelbagai bangsa yang menggemari lemang panas.
"Saya turut menerima tempahan daripada pelanggan kaum Cina dan India, selain dari Johor, Kuala Lumpur dan Perak. Saya juga menghantar lemang tersebut secara pos," katanya.
Mohd Khairul menjual lemang tersebut antara RM8 hingga RM10 bergantung kepada saiz dan jenis lemang yang disediakan dengan memperoleh keuntungan lebih RM2,000 sehari.
Salah seorang pelanggan tetapnya, Ahmad Hat, 69, berkata lemang yang disediakan Mohd Khairul tidak boleh ditandingi kerana ia memenuhi cita rasanya dan orang ramai.
Katanya lemang tersebut juga boleh tahan lama kerana ia dimasak dengan sempurna dan rasanya tetap sama seperti tahun sebelumnya.
"Bila makan lemang tersebut saya dapat mengimbau kembali zaman bersama ibu bapa yang menyediakan lemang secara bergotong-royong menjelang Aidilfitri dan rasanya turut sama seperti yang dimasak oleh keluarga saya," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan