Khamis, 5 Januari 2012

Tahan Azmin Ali Segera - PERKASA.

shahril shaid

alt


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Laman Portal The Malaysian Insider dimana beliau mahu 100 ribu orang berkumpul di mahkamah jalan duta pada 9 Januari ini.

Beliau menjelaskan bahawa kenyataan Azmin itu berbaur hasutan dimana memanggil rakyat untuk berhimpun secara haram.

Syed juga turut menambah,beliau berasa bimbang dengan kenyataan Azmin Ali itu boleh menganggu dan menggugat keamanan disamping kesejahteraan Negara.

Demi keselamatan orang ramai,Beliau menggesa supaya pihak polis tidak berkompromi dengan mana mana pihak termasuk Azmin Ali sendiri.

PERKASA turut mahu polis menahan segera Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana cuba “menghasut” rakyat untuk menyertai perhimpunan haram pada 9 Januari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: