Jumaat, 27 Januari 2012

Subsidi Gula Meningkat Kerana Harga Naik

Post Pic



KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan menaikkan subsidi gula kerana harga pasaran dunia yang meningkat dan bukan kerana pilihanraya akan menjelang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,Datuk Seri Ismail Sabri berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain daripada menaikkan subsidi gula bagi memastikan rakyat tidak akan menanggung beban dengan kos harga yang meningkat.

Kerajaan telah menaikkan kadar subsidi gula dari 20 sen sekilo kepada 54 sen sekilo mulai awal bulan ini.

"Harga pasaran dunia telah naik dengan banyaknya...Ia tiadda kena mengena dengan pilihanraya tetapi ini adalah bagi memastikan harga gula terkawal," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis "amalan perniagaan terbaik" anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini.

Menurutnya lagi, negara ini mengimport hampir 99 peratus keperluan gula negara.

Peningkatan kos subsidi berkenaan, katanya akan mennyaksikan kerajaan terpaksa menanggung kos tanggungan subsidi hampir dua kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu.

"Kita terpaksa membayar sejumlah RM567 juta untuk subsidi gula berbanding RM262 juta pada tahun sebelumnya berikutan harga yang semakin naik," tambah beliau lagi.

Tiada ulasan: