Sabtu, 21 Januari 2012

PKNS siasat kakitangan rasuah

`PKNS merupakan sebuah organisasi yang berintegriti dan telus kerana ini merupakan antara kod etika organisasi kami.'.



PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulakan siasatan dalaman secara menyeluruh dan tindakan tatatertib terhadap mana – mana kakitangan yang terlibat dengan rasuah.

“PKNS merupakan sebuah organisasi yang berintegriti dan telus kerana ini merupakan antara kod etika organisasi kami.

“Oleh yang demikian sebarang bentuk salah laku merupakan satu perkara yang amat serius,” kata Pengurus Besar PKNS, Othman Omar ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian semalam yang bertajuk ‘SPRM Tahan Kakitangan PKNS’.

Beliau turut menambah bahawa pihak pengurusan PKNS akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: