Dr Awisul Islah Ghazali, Presiden Papisma |
Sekali lagi negara dikejutkan dengan tindakan kekasaran yang tidak seharusnya dilakukan oleh pihak polis ke atas seorang pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) apatah lagi ianya berlaku di permulaan tahun baru masehi ketika seluruh rakyat Malaysia menanam azam dan cita-cita ke arah kebaikan dan kejayaan untuk diri dan keluarga. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) merakamkan rasa dukacita, kesal dan kecewa dengan apa yang telah berlaku ke atas Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang Talib yang dilaporkan patah tulang rusuk akibat tindakan pihak polis, manakakala beberapa orang lagi cedera hanya kerana menganjurkan perhimpunan yang disertai tidak sampai 100 orang di hadapan UPSI yang tidak langsung berunsurkan jenayah atau menimbulkan apa-apa bahaya kepada orang awam. Saat di mana beribu-ribu rakyat seluruh negara dibiarkan bermaksiat sepanjang malam menyambut pesta hedonism tahun baru, mengotori setiap ceruk negara bukan sahaja dengan sampah sarap bahkan akhlak hina, pihak bkuasa rela utk menafikan hak sekumpulan lagi rakyat Malaysia yg ingin berhimpun aman, tanpa apa sekelumit nilaian maksiat di bumi UPSI. Adakah ini definisi kebebasan bersuara di negara kita? Hak maksiat diraikan, hak bersuara dibisukan? Apa yang dilakukan oleh pihak polis ini telah melanggar kebebasan hak asasi sebagai rakyat malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II, Perkara 10 Fasal (1) a dan b. Pada pandangan kami ianya memalukan badan profesional dan penjawat awam di negara kita Malaysia. Ia memberi gambaran seolah-olah para penjawat awam ini tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk melakukan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan adakalanya boleh bertindak sewenang-wenangnya menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka. Tambahan lagi orang yang dikasari adalah rakyat Malaysia sendiri yang sedang menuntut ilmu di menara gading pula, iaitu kelompok yang lebih banyak menggunakan minda daripada menggunakan kekuatan tulang empat kerat. Sebagai NGO Profesional, kami menyeru pihak polis agar lebih bersikap profesional dengan mengaku bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dan segera memohon maaf kepada pihak mangsa, ibu bapa mangsa dan seluruh rakyat Malaysia kerana tindakan mereka telah mencemarkan nama Malaysia di mata dunia apatah lagi setelah Perdana Menteri melaungkan transformasi ke arah kebebasan berhimpun serta slogan keramat yang didendangkan setiap hari, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. |
Selasa, 3 Januari 2012
Papisma mohon polis bersikap profesional
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan