Ahad, 15 Januari 2012

Majoriti setuju kenaikan sewa Kompleks PKNS

FREE MALAYSIA TODAY

“Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor.



PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Menteri Besar Selangor menegaskan mereka yang menentang kenaikan kadar sewa kompeks PKNS di Shah Alam bukan penyewa.

“Mereka yang menentang kenaikan kadar sewa di kompleks itu adalah golongan kaya raya.

“Di rumah mereka berderetan kereta mewah hasil dari aktiviti sebegini?” kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Faekah Husin dalam kenyataan media hari ini.

Sebenarnya, kata bellau 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini.

Penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran, tambahnya.

Faekah mengulas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kompleks itu semalam.

Najib dilaporkan sebagai berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga tentang kenaikan kadar sewa di Kompleks PKNS.

Hero filem Tamil

Faekah menyifatkan gelagat Najib itu sebagai hero filem Tamil.

Lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak, katanya.

Sebaliknya beiau mendakwa kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun lalu dan perbuataan ini terhenti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor.

“ Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

“Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila melihat pemimpin Umno yang tamak haloba dengan tersenarainya nama mereka dalam senarai pemiliki tanah Felda dan Felcra yang sepatutnya menjadi milik peneroka.

“Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,” kata Faekah..

Tiada ulasan: