Rabu, 4 Januari 2012

Mahkamah Arah Mesyuarat Koperasi Felda Esok Di Tunda

Post Pic


KUANTAN : Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini meluluskan perintah injunksi untuk menunda Mesyuarat Agong Tahunan Luar Biasa Koperasi Permodalan Felda Malaysia (KPF) esok yang akan memutuskan isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Permohonan untuk injunksi itu dipohon oleh empat ahli koperasi berkenaan, Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad and Rakiah Sulong. Selain injunksi untuk melarang mesyuarat itu berlansung, mereka juga memohon untuk menghalang KPF daripada melunaskan asetnya di dalam Felda Holdings.

Presiden FGVH Datuk Sabri Ahmad sebelum ini berkata rancangan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia tetap akan dilakukan pada April 2012.

Tiada ulasan: