Khamis, 12 Januari 2012

Kertas siasatan himpunan UPSI diserah pada pendakwa

Kertas siasatan berhubung perhimpunan kira-kira 70 pelajar universiti di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, 31 Disember lepas telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya baru-baru ini untuk tindakan.

smm protest in sultan idris university 010112 put into police truckKetua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kertas siasatan itu turut memuatkan rakaman percakapan semua individu terlibat.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk dibuat keputusan...hasil daripada keputusan yang diputuskan kelak barulah kita tahu tindakan susulan yang akan mereka arahkan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh hari ini.

Di majlis itu, Shukri turut menyampaikan Anugerah Tahunan IPK Perak kepada 15 penerima.

smm protest in sultan idris university 010112 pushing in front clinicDalam kejadian 31 Disember lalu, 17 mahasiswa termasuk seorang wanita ditahan kerana menyertai perhimpunan haram anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan ambang Tahun Baru 2012 di UPSI.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari ini, polis akan mengadakan Ops Sikap selama 10 hari bermula 16 Januari ini.

Polis juga akan meningkatkan rondaan di kawasan-kawasan perumahan pada sambutan perayaan itu nanti, katanya.

Tiada ulasan: