Bekas pemimpin pelajar sekitar tahun 70-an Datuk Ibrahim Ali berkata, isu yang dijuarai aktivis mahasiswa hari ini berbeza jika dibandingkan dengan apa yang diperjuangkannya 40 tahun lalu.
Katanya, mahasiswa hari ini tidak patut membawa kepada demonstrasi jalanan kerana ia tidak lagi relevan berbanding keadaan dahulu di mana negara ini kurang membangunm harga komoditi tidak stabil dan ancaman komunisme yang kuat.
Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA itu berkata, demonstrasi jalanan seharusnya menjadi pilihan terakhir kerana sudah terhadap banyak cara menyampaikan pandangan.
Menyentuh aktivisme mahasiswa hari ini, antaranya dengan menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak, Ibrahim berkata ia dibuat tanpa berjumpa dengan pelbagai pihak terlebih dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan