Sabtu, 7 Januari 2012

Himpunan 901: Kelantan paling ramai 10, 000 orang

Sebahagian besar mereka sudah berada di Kuala Lumpur kerana menyaksikan final bola sepak piala Sumbangsih antara Kelantan melawan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.



PETALING JAYA: Sebahagian penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berada di Kuala Lumpur bagi menjayakan kempen bebaskan Anwar 901 Isnin ini.

Mereka akan berada di tempat letak kereta mahkamah Jalan Duta bagi memberikan sokongan kepada Anwar di mana hakim akan membuat keputusan kes liwat yang dihadapinya.

Kelantan dijangka menghantar penyokong paling ramai dengan anggaran 10, 000 orang, kata seorang ahli PKR hari ini.

“Sebahagian besar mereka sudah berada di Kuala Lumpur kerana menyaksikan final bola sepak piala Sumbangsih Kelatan melawan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Melaka akan menghantar sekurang-kurangnya 500 orang, kata pengarah pilihan raya PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah.

“Mungkin ramai lagi kerana saya mendapat tahu ada yang pergi secara senyap-senyap dengan kawan-kawan mereka,” katanya.

Terengganu 3, 000, Pahang 300

Pahang pula menjangkakan 300 orang akan ke Kuala Lumpur, kata ketua Temerloh, Ahmad Nizam Hamid.

Katanya, semua ketua cabang termasuk pengerusi PKR negeri Datuk Fauzi Abdul Rahman mengesahkan akan hadir.

“Mereka akan bertolak awal pagi esok selepas solat Subuh,” katanya.

PKR Terengganu pula akan menghantar 3, 000 orang, kata ketua Kuala Terengganu, Fariz Musa, ”Ini jaminan kita kepada pimpinan,” kata beliau.

Tiada ulasan: