Sabtu, 21 Januari 2012

Hari Kelima Ops Sikap Catat 11 Kematian

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Hari kelima Ops Sikap ke-25 mencatatkan peningkatan dari segi jumlah kematian dengan 11 maut menjadikan jumlah angka korban sebanyak 58 orang sejak operasi dilancarkan pada Isnin lalu.

Polis Diraja Malaysia menerusi laman webnya, melaporkan pengguna kereta mencatatkan angka tertinggi dengan menyumbang kepada enam kematian diikuti penunggang motosikal empat kematian dan pengguna lori satu kematian.

Sebanyak 1,652 kemalangan dilaporkan berlaku dengan jalan bandaran mencatat jumlah tertinggi 646 kes, diikuti jalan persekutuan (384), jalan negeri (282), lebuh raya (238) dan 102 kes bagi jalan-jalan lain.

Polis juga mengeluarkan 17,973 saman semalam, menjadikan jumlah terkumpul setakat lima hari Ops Sikap sebanyak 86,991 saman membabitkan pelbagai kesalahan.

Ops Sikap ke-25 yang berakhir 30 Jan ini dilancarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan pihak polis mengambil pendekatan mengeluarkan saman serta-merta kepada pesalah trafik bagi mendidik pengguna memandu secara berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan.

Tiada ulasan: