Jumaat, 20 Januari 2012

Exco Agama Selangor : Khalid Berhak Pilih Diri Sendiri, Kata Pemuda Pas

Post Pic



KUALA LUMPUR : Pemuda Pas menegaskan ia tidak boleh campurtangan dalam keputusan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil alih tugas sebagai Exco Hal Ehwal Agama yang dipegang sebelum ini oleh wakil parti itu.

Ketuanya Nasharuddin Hassan Tantawi berkata, Khalid berhak bertindak demikian dan pihaknya menerima keputusan untuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Exco baru semalam diberikan portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan.

“Pada saya ini urusan kerajaan negeri Selangor, jadi pada saya kita pun tiada kuasa untuk campurtangan dalam pentadbiran negeri,” kata beliau kepada Antarapos.com.

“Sebab apa yang berlaku hari ini adalah bagi memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor,” tambah Nasharuddin.

Timbalan beliau, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata Pas tidak melihat jawatan itu sebagai hak eksklusif PAS.

“Bagi kita siapa pun yang mengambilalih portfolio tersebut, kita akan bergerak secara kumpulan,” katanya.

Selangor semalam melakukan rombakan dengan Khalid mengambil alih pentadbiran hal ehwal Islam manakala Ahmad Yunus bertanggungjawab terhadap portfolio adat resam Melayu, belia dan sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Menurut Khalid, beliau mengambil alih portfolio agama kerana Yunus tidak berpengalaman dan tidak mempunyai masa untuk menyesuaikan diri kerana pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun pemerhati menganggap alasan itu remeh kerana Pas mempunyai tokoh-tokoh lain serta dua ahli Exco lain iaitu xxxxxxx dan Halimah Ali yang cukup berpengalaman.

Yunus dilantik Exco baru berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada parti dan sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Kemudahan Awam dan Infrastruktur.

Tiada ulasan: