Sabtu, 7 Januari 2012

Empat Wakil Rakyat SPDP Keluar Parti

Post Pic



KUALA LUMPUR : Konflik dalaman Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) bertambah buruk apabila empat wakil rakyatnya keluar parti susulan pertelingkahan dengan presiden SPDP Tan Sri William Mawan.

Mereka ialah Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Palu Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) and Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe.

Mereka diberikan surat tunjuk sebab November lalu kerana tidak menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi parti untuk lebih setahun.

Pemerhati politik berkata tindakan wakil rakyat berkenaan memulau kepimpinan William dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan menubuhkan sebuah parti baru atau menyertai parti lain.

Bagaimanapun keempat-empat wakil rakyat berkenaan mengaku tidak dapat bekerjasama dengan William namun enggan mengesahkan sama ada mereka berura-ura menubuhkan sebuah parti baru.

Tiada ulasan: