Selasa, 3 Januari 2012

Calon tewas BN mungkin dicalon semula

MALAYSIA KINI

BN Perak tidak menolak kemungkinan memilih semula calon-calon yang tewas pada pilihan raya umum lepas untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

NONEPengerusinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, BN negeri telah mengumpul pelbagai maklumat dan maklum balas daripada orang ramai mengenai calon-calon yang tewas dalam pilihan raya umum sebelum ini.

"Mungkin calon-calon ini kalah tipis atau menang tipis dalam pilihan raya umum sebelum ini tetapi kita harus tahu sebab kekalahan itu.

"Bagi saya ada di antara mereka sebenarnya boleh menang tetapi disebabkan tsunami politik yang berlaku menyebabkan mereka tewas,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Laluan Alternatif Bercham ke Lebuhraya Utara-Selatan di Ipoh hari ini.

Katanya, hasil maklumat yang dikumpul, terdapat permintaan daripada orang ramai supaya calon yang tewas dicalonkan semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Zambry berkata maklum balas itu juga mendapati orang ramai turut melahirkan rasa kesal kerana tidak mengundi calon-calon yang tewas itu pada pilihan raya umum lalu.

"Apabila saya turun padang, saya tidak hanya berjumpa dengan anggota Umno dan BN tetapi turut bertemu dengan peniaga dan masyarakat lain. Pelbagai maklum balas yang diterima mengenai perkara ini," katanya.

Katanya beliau mendapati terdapat calon-calon yang tewas terus menjalankan tugas membantu masyarakat dan perkara itu memberi kelebihan kepada mereka untuk dicalonkan semula.
- Bernama

Tiada ulasan: