Sabtu, 21 Januari 2012

Beberapa laluan di lebuh raya PLUS bergerak perlahan

MALAYSIA KINI
Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan hari ini berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut Isnin ini.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke arah utara dan selatan.

Beliau berkata antara laluan yang dilapor bergerak perlahan ialah dari Nilai ke Seremban, Kota Damansara ke Bukit Lanjan, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung Malim ke arah utara.

"Trafik mula perlahan dari Jawi ke Bukit Tambun kerana terdapat kemalangan yang berlaku menghala ke persimpangan plaza tol Bukit Tambun...di sebelah selatan trafik mula sesak di Lebuhraya Link Kedua menghala ke Johor Bharu namun pergerakan masih lancar," katanya.

Plus menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini.- Bernama

Tiada ulasan: