Ahad, 8 Januari 2012

Azmin: Perhimpunan 901 Mengikut Jadual

Oleh TVSelangor


PETALING JAYA,: Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa Himpunan 901 di perkarangan tempat letak kereta di hadapan mahkamah Jalan Duta yang dijadual esok akan berlangsung sebagaimana dirancang.

Dalam kenyataan medianya beliau berkata PKR dan seluruh ahli gabungan dalam Pakatan Rakyat menerima pakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh Omar yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat, 6 Januari 2012 lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM.

"Oleh yang demikian, saya mengulangi seruan agar semua rakyat turun untuk menunjukkan solidariti dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam menuntut keadilan dan integriti sistem kehakiman di negara ini,selaras dengan hak berkumpul dan amalan perhimpunan awam yang
termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan." kata beliau.

Tiada ulasan: