TERKINI Kisah-kisah mengenai ahli-ahli politik BN menggunakan cara kasar untuk mendapatkan undi kaum Cina semakin terdengar di kala negara bersiap sedia untuk peperangan pilihanraya yang katanya adalah yang terbesar dalam sejarah.
ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh telah menulis pada Twitter mengenai satu insiden yang mencerminkan suasana tegang yang sedang meningkat di sekitar negara sewaktu parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC berjuang hidup mati mereka terhadap Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Hannah, seorang ahli DAP yang sedang cepat melonjak yang telah menang besar pada pilihanraya 2008, memberitahu bagaimana beliau menolong penduduk kawasannya untuk menghantar surat lanjutan kepada jabatan kerajaan persekutuan.
Beliau tidak menyatakan kandungan surat itu dank e jabatan mana ianya dihantar, tetapi penduduk itu telah dipanggil, dimarah dan diberi amaran untuk mengundi BN.
“Saya membantu seorang penduduk untuk menghantar surat lanjutan kepada sebuah jabatan persekutuan. Penduduk itu dipanggil, disoal kenapa dia meminta pertolongan daripada DAP dan bukan MCA. Orang MCA ada sewaktu dia dipanggil,” kata Hannah.
“Kata-kata yang digunakan “DAP #&$$@#”, penduduk menjadi susah hati. Dia diberi amaran oleh pekerja kerajaan itu untuk mengundi BN. Dia diberitahu ‘kalau kamu tak undi BN, kita boleh jejak kamu’.
Intelegensia askar akan menaksir kebarangkalian MCA untuk menang
Sementara itu, Sin Chew daily telah melaporkan bahawa pegawai inteligen askar (MIO) telah menemubual calon-calon MCA untuk pilihanraya akan datang, yang digembar-gemburkan akan berlangsung tahun hadapan.
Menurut laporan berita itu, MIO menemubual calon-calon MCA itu untuk mengukur kebolehan mereka untuk menang dalam kerusi parlimen dan negeri.
“Mereka ditaksir dalam empat bahagian iaitu latar belakang pendidikan, kemahiran ekonomi, pengalaman dan personality,” kata sumber kepada akhbar Cina itu.
Tetapi Setiausaha Agung MCA Kong Cho Ha telah menafikan dakwaan itu.
“Saya tidak tahu dari mana Sin Chew Daily mendapat maklumat itu. Setahu saya, MIO tidak menemubual orang. Saya sudah menjadi calon sebanyak tiga kali dan saya tidak pernah ditemubual oleh mana-mana pegawai inteligen,” Star melaporkan kata-katanya.- Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan