Kami sememangnya agak terkejut dan hairan sehingga menimbulkan persoalan kepada kami, mengapa kerajaan bertindak menambahkan pinjaman Skim Rumah Pertamaku daripada RM200,000 kepada RM400,000? Kami bukan berfikiran negatif semata, tetapi anda boleh lihat dan nilai sendiri keadaan dan realiti harga rumah sekarang. Di mana logiknya? Seolah-olah menambah derita rakyat yang ingin memiliki rumah yang hampir pasti memberikan “green light” untuk harga rumah meningkat berganda-ganda selepas ini…..
Pertamanya, kalau dilihat tujuan asal skim Rumah pertamaku ini diwujudkan, ia adalah untuk :
- Menggalakkan pembelian rumah terutamanya oleh golongan-golongan muda, kerana golongan ini tak mampu membeli rumah lantaran harga rumah yang tinggi dan ketiadaan rumah mampu milik
- Pihak kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA sebagai satu agensi tunggal yang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumhan mampu milik berkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederahana
Dikhuatiri dengan kenaikan had pinjaman perumahan ini, selepas ini akan lebih banyak harga rumah yang akan melambung tinggi kerana harga hartanah/rumah amat mudah terdedah spekulasi dan ditambah dengan pengumuman seperti ini akan menjadikan akar spekulasi nilai hartanah “semakin kuat”. Sepatutnya masalah ini yang patut kerajaan selesaikan terlebih dahulu terutamnya permasalahan & persoalan mengapa harga rumah naik melampau-lampau, bukan sekadar hanya menaikkan had pinjaman semata-mata. Bagi kami ini hanya penyelesaian jangka pendek sahaja. Sebenarnya…..
Harga rumah boleh jatuh sebenarnya, jika berlaku situasi tiada permintaan berbanding penawaran yang dibuat.
Tetapi jikalau kerajaan menaikkan had pinjaman Skim Rumah Pertamaku, ini bermakna pemaju termasuklah REDHA sendiri akan melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang mampu membuat pinjaman walaupun sebenarnya mereka-mereka tiada kemampuan untuk “mengurus pinjaman” tersebut.
- Harga rumah adalah berkadar langsung dengan pinjaman pembeli
- Pemaju boleh letak harga yang tinggi (tak padan dengan nilai rumah tersebut) memandangkan situasi sekarang ramai pembeli dah ada duit (walaupun sebenarnya ialah hanya duit pinjaman) sehingga mereka mampu buat pinjaman yang tinggi.
- Mereka tak fikir samada anda, anda dan anda semua ini sebagai pembeli mampu atau tidak. Itu sahaja….
- Akhirnya harga rumah akan terus melambung tinggi, jadi pembeli kena buat pinjaman lebih.
- Pemaju senyum, REDHA riang gembira (umpan sudah mengena), bank meluluskan pinjaman dengan mudah sambil tersengih manakala pembeli rumah pula yang merana dek kerana terhimpit dengan kadar keberhutangan yang tinggi
- Kesian mereka pak menteri
Contoh yang tidak baik di negara-negara luar dah ada yang kita sepatutnya tidak mencontohinya. Antaranya ialah :
- Masih tidak sedarkah apa yang berlaku di Sepanyol & Greece?
- Masih tidak nampak lagikah pada tahun 2008 Amerika jatuh disebabkan hartanah?
- Masih tidak sedarkah kita berlakunya negatif ekuiti kepada United Kingdom semasa awal 1990 an
- Dan….masih tidak sedarkah kita apa yang berlaku kepada Jepun, sampai ke hari ini tak bangun-bangun lagi. Nasib baik puak-puak Jepun ini sanggup menambah produkiviti mereka sehingga rela tidur di stesen keretapi atau hanya balik rumah 2-3 hari sekali
Yang mana kita sebenarnya boleh terperangkap akhirnya kelak jika spekulasi hartanah yang semakin bermaharajelala tidak ditangani dengan tegas. Kerajaan juga diharap elakkan menambahkan lagi ruang dan peluang untuk meningkatkan lagi spekulasi hartanah. Apa yang kami tengok di sini adalah kerajaan lebih melihat masalah rakyat tak mampu nak beli rumah sahaja kurang menitikberatkan apa sebab, mengapa, kenapa disebalik rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah. Akhirnya kerajaan bertindak “mampukan” dengan cara pinjaman bergenerasi.
Kalau anda semua perasan, apa sebab kebanyakan kawasan perumahan baru, kedai-kedai setempat banyak yang kelihatan seperti hidup segan mati tak mahu. Apa sebab? Antara lainnya ialah kerana :
- Kebanyakan isi rumah tidak banyak tidak banyak lebihan tunai untuk berbelanja
- Akibatnya duit kurang berputar, ekonomi setempat kurang rancak. Jadi akhirnya pekerjaan pun akan jauh lebih rendah
- Dan inilah yang sepatutnya kerajaan ambil perhatian
Bagi kami harga rumah bernilai RM400,000 itu “tidak sepadan” untuk golongan yang hanya bergaji RM3,000. Kalau kerajaan nak tolong golongan muda profesional untuk memiliki rumah pertama sendiri, kerajaan patut galakkan beli rumah pertama mereka pada kadar yang lebih munasabah daripada segi kewangan dan kedudukan mereka yang baru sahaja bekerjaya atau bekeluarga. Nama pun Skim Rumah Pertamaku.
- Apabila sukar nak buat pinjaman kerana tahap pinjaman yang rendah setakat RM200,000 sahaja. Harga rumah yang tinggi daripada RM200,000 akan sukar untuk dijual dan akhirnya jatuh.
- Dan…dengan syarat warga asing tidak boleh beli rumah pada paras harga yang kerajaan rasakan munasabah. Dan, kalau mereka nak beli pun, hanyalah leasehold sahaja
Apa yang kami nampak kerajaan sedar dan bimbang dengan aset bubble serta kadar keberhutangan rakyat Malaysia sangatlah tinggi. Tetapi semacam ada kesukaran untuk “berdepan dengan kelompok seperti REDHA”.
- Kadar pinjaman rendah
- Ditambah kemudahan pinjaman dalam sistem kewangan boleh menyebabkan harga rumah meningkat melebihi sustainable levels berdasarkan fundamental ekonomi
- Sebagai contohnya ramai yang tak mampu, tetapi akhirnya “dimampukan” dengan hutang yang mudah dan banyak dengan harapan harga rumah akan terus meningkat.
- Sampai meletup, akhirnya “semua kena getahnya”.
Jadi kami tidak mahu jadi begitu. Nah….sekarang kita baru sahaja mendengar kenyataan REDHA yang mana harga rumah akan meningkat 20%. Dengan menaikkan had pinjaman dan kemungkinan permudahkan pinjaman untuk bayaran balik selama 3-4 generasi akan menyebabkan harga rumah makin tinggi… Naik bukan sebab harga kos yang meningkat tetapi sebab permintaan yang lebih… Kononnya bilangan rakyat yang mampu (dengan loan 3 keturunan) makin ramai. Penyelesaian jangka pendek inilah yang akan membuatkan keadaan lagi bertambah teruk.
Berapa ramai rakyat kebanyakan yang pada asalnya mampu beli rumah sehingga RM400,000? Mana ada orang beli rumah CASH zaman sekarang ini…
- Rumah is MORTGAGE LOAN.
- Rumah ialah aset milik bank selagi kita tak habis bayar
Di Malaysia, industri perumahan dan hartanah dilihat sukar untuk collapse/terjejas. Walaubagaimanapun tidak mustahil, jadi kenalah berhati-hati daripada sekarang. Antara sebab-sebab bagi mengelakkan hartanah di Malaysia terjejas ialah :
- Pinjaman rumah boleh dipanjangkan sehingga 40 tahun.
- Real Property Gain Tax (RPGT) 5%, cukai dikurangkan untuk pinjaman perumahan dan pelbagai lagi supaya rakyat tak ‘terbeban’ jikalau berlakunya kejatuhan harga rumah
- Insentif + cheap financing menggalakkan spekulasi melampau
- Apabila rakyat Malaysia dah tidak mampu, kerajaan masukkan pula di mana pinjaman boleh dipanjangkan sehingga 35 dan 40 tahun.
Persoalannya di sini, kalau dah lepas pakai terma 40 tahun pinjaman pun kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak mampu lagi, dikala harga rumah melambung tinggi, apa langkah & inisiatif kerajaan akan ambil supaya rakyat tak ‘terbeban’ apabila berlakunya kejatuhan harga rumah? Harga rumah dari RM400k contohnya jatuh dalam RM200k, tetapi peminjam tetap kena bayar 400k? Pernah terpikir?
Dan kami merasakan masih belum terlambat lagi untuk kerajaan memperbetulkan situasi hartanah yang berlaku sekarang ini.
P/S : Dan kami tinggalkan ruang dan peluang untuk anda melontarkan pendapat samada cadangan menaikkan had pinjaman perumahan Skim Rumah Pertamaku relevan atau tidak dan apa sebab anda memilih jawapan sedemikian?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan