Jumaat, 14 Oktober 2011

Panas: Takungan Air Lombong Bijih Besi Pecah Di Maran, Kerajaan Negeri Pahang Di Harap Berhati-Hati Luluskan Permohonan Di Kawasan Tadahan

PAHANG DAILY


MARAN- Kerajaan Negeri Pahang diharap bertanggungjawab sepenuhnya atas musibah yang menimpa lebih seribu penduduk di dua ladang di Sri Jaya dekat sini kelmarin.

Ini kerana gara-gara kerakusan kerja perlombongan bijih besi di kawasan terbabit menyebabkan penduduk terputus hubungan akibat banjir lumpur.

Kejadian yang telah didedahkan oleh Buletin Utama TV3 malam itu dipercayai berpunca daripada takungan air sebuah lombong bijih besi yang pecah di situ. Kawasan ladang terabit dipenuhi dengan lumpur hingga menyebabkan penduduk terpaksa berhadapan dengan berbagai masalah sampingan yang lain.

Tambah menyulitkan jalan dari ladang berkenaan dan pekan Sri Jaya ditenggelami lumpur dan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan ringan dan hubungan penduduk terputus sama sekali. Ia menyebabkan kira-kira 50 pelajar sekolah menengah dan rendah dari dua ladang serta kampung berdekatan tidak dapat ke sekolah seperti biasa.

Mereka termasuk enam pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Rata-rata penduduk yang dihubungi menyatakan rasa kekecewaan atas kejadian yang berlaku. Malah mereka kecewa dengan sikap Pejabat Tanah Dan Galian Pahang (PTG) yang dilihat gagal memantau aktiviti perlombongan secara telus. Banyak kawasan tadahan air diluluskan hanya kerana ia dipohon oleh "proksi" yang berkaitan.

Di fahamkan, lombong berkenaan adalah merupakan kawasan milik seorang tokoh politik setempat, dan kami sedang menjejaki pemiliknya untuk didedahkan kepada umum.

Isu lombong bjih besi kini menjadi panas selepas kejadian terbaru ini. Kami juga akan membongkarkan beberapa aktiviti rasuah dan penyelewengan berkaitan enam jabatan dalam memastikan kelulusan yang berkaitan. Malah difahamkan, banyak lombong kini menjadi permainan "adik beradik" kepada beberapa orang tokoh politik dan juga orang kuat di Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).

Apakah mereka harus dibiarkan sesuka hati mengaut keuntungan jutaan ringgit, sedangkan rakyat terus dihimpit kemiskinan sekarang ini?.



Lokasi kejadian banjir lumpur yang disebabkanoleh lombong berkenaan

Sila KLIK SINI untuk menonton laporan eksklusif Buletin Utama TV3

Rakyat harus tahu semua ini, jika tidak banyak sumber hasil galian di negeri Pahang ini akan dirompak sesuka hati oleh pihak yang sama sejak sekian lama sebenarnya. Mereka sewenangnya menjadikan hasil bumi di negeri ini sebagai "harta mak bapak mereka".

Ayuh bongkarkan!. Paling menyedihkan ada pemimpin UMNO di Pahang yang memohon lombong sehingga berpuluh-puluh kawasan atas nama yang berbeza.

Difahamkan juga pada masa ini ada lebih dari 4,000 permohonan yang sedang diproses oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang. Itu belum termasuk ribuan lagi yang sudah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk diangkat ke Mesyuarat Exco Kerajaan Pahang bagi kelulusan.

Pendek kata, rakyat Pahang "makan habuk dan debu", sebaliknya beberapa kerat pemimpin, kroni serta proksi mereka kaya raya.

[Kerajaan Negeri Pahang digesa lebih berhati-hati meluluskan kawasan perlombongan kepada orang ramai. Ini kerana, banyak pihak yang kini menjadi "jutawan segera" akibat kelulusan projerk tersebut.

Malah ada diantara mereka langsung tidak mempunyai jasa kepada rakyat dan bermewah-mewah selepas mendapat beberapa konsesi lombong di Pahang.

Soalnya, kenapa Kerajaan Negeri Pahang begitu muda meluluskan kawasan berkenaan?. Kes yang berlaku di Sri Jaya ini harus dijadikan ikhtibar kepada semua pihak agar ia tidak berulang kembali. PDO akan membuat laporan eksklusif tentang aktiviti perlombongan bijih besi ini dalam masa terdekat.

Kita tidak mahu hasil mahsul rakyat Pahang diberikan sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak tertentu. Malah, mereka mengaut keuntungan yang cukup lumayan sedangkan hasil kepada Kerajaan Negeri tidak seperti yang diharapkan.

Inilah yang menyebabkan ekonomi negeri merudum sedangkan proksi dan kroni mengaut keuntungan berlipat ganda. Malahan ada laporan mengatakan kegiatan perlombongan itu saja telah mendatangkan keuntungan ratusan juta kepada pihak terbabit, sedangkan Bajet negeri Pahang senantiasa defisit jutaan ringgit. Negeri papa kedana tetapi pihak terbabit kaya raya mengaut untung untuk anak cucu mereka!].

Tiada ulasan: