Selasa, 25 Oktober 2011

Laporan Audit: Kami akan betulkan kelemahan, KSN




PUTRAJAYA — Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan akan bertindak mengikut peraturan dalam berurusan dengan sembilan kementerian dan jabatan yang dilaporkan berbelanja melebih had sehingga mengakibatkan penggunaan peruntukan tambahan berjumlah RM3.73 bilion tahun lalu.

Ketua Setiausaha Negara berkata langkah-langkah sewajarnya akan diambil ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan semalam bagi memastikan kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang.

“Kami sedang mengambil tindakan susulan ekoran laporan (Ketua Audit) dan akan bertindak mengikut peraturan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Terdahulu Mohd Sidek (gambar) juga memberitahu sidang akhbar bahawa laporan audit menunjukkan masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Tiada ulasan: