Isnin, 10 Oktober 2011

Cincin Rosmah: Kerja kroni?

Melissa Lee, Malaysia Chronicle


Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin bimbang dan mahu pihak berkuasa teruskan menyiasat cincin berlian bernilai RM24 juta yang dispekulasikan kepunyaan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Sambil merasa terbukti dengan pengesahan daripada Jabatan Kastam bahawa cincin yang diimport daripada Jacob & Co New York wujud, dia bimbang sekiranya tidak diperiksa, isteri Perdana Menteri Najib Razak itu akan membebankan negara dengan perbelanjaannya yang berlebihan.

"Sikap boros dan sombong beliau yang kita lihat banyak sangat menghancurkan negara ini dan kerana itu Rosmah boleh cakap apa sahaja seperti juga Imelda Marcos yang langsung tidak mempedulikan protes dan suara rakyat. Dan akhirnya kehancuran Marcos penyumbang besarnya adalah Imelda," katanya kepada TV Selangor.

Riuh-rendah sewaktu pengesahan kewujudan cincin itu

Badrul menjelaskan bahawa dia tidak menuduh Rosmah membeli cincin itu, tetapi cuma membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk mengetengahkan kepada mereka informasi tersebut.

"Mengenai cincin ini saya tidak melemparkan sebarang tuduhan cuma saya mengeluarkan pada peringkat awalnya pada 8 Julai beberapa dokumen yang membuktikan ada kemasukan sebentuk cincin berlian berharga RM24.45 juta yang dalam nama penerima ada tertera nama Rosmah Binti Mansor. Jadi saya bangkitkan dan minta untuk Rosmah atau mana-mana pihak untuk menyatakan kebenaran."

Sememangnya, jika pemerintahaan Najib berharap perkara ini dapat dilupakan, mereka salah. Sekarang timbul curiga samada benarkah cincin itu dihantar kembali ke pengimportnya. Lebih-lebih lagi, sehinggalah pihak yang mengimportnya daripada Jacob & Co menjelaskan niat mereka membawa masuk cincin itu, spekulasi akan terus berleluasa.

Haruslah diambil tahu bahawa jelas tertera pada lampiran Kastam yang cincin itu dibawa masuk oleh Jeremy Beh Sin Tee untuk diperiksa oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Dalam mengesahkan kewujudan cincin itu, Nazri Aziz, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, sangat berhemat dalam pemberian informasi kepada Parlimen.

"Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk perkara ini kepada JKDM dan JKDM telah mengesahkan tidak berlaku sebarang pembelian cincin tersebut. Selepas beberapa hari, cincin itu dipulangkan kepada syarikat yang memilikinya," kata Nazri dalam jawapan bertulisnya kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng pada hari Selasa.

Dua kemungkinan

Spekulasi kini merebak kepada bagaimana cincin itu "dipulangkan" dan adakah ianya benar-benar dipulangkan ke New York seperti yang dikatakan Nazri. Lebih-lebih lagi, kenapa cincin itu berada di Malaysia dan apakah penglibatan Rosmah? Dan kenapa? Adakah dia berminat untuk membelinya untuk diri dia sendiri ataupun ada orang lain yang menghadiahkan cincin itu kepadanya?

Ini adalah soalan-soalan rakyat Malaysia yang wajar ditimbulkan kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran suaminya. Sekali lagi mereka dibebankan dengan skandal rasuah dan penyalah gunaaan kuasa.

Di Malaysia, perniagaan-perniagaan besar sudah lama dikaitkan dengan politik, dengan kroni-kroni tersekat dalam sistem feudal ketuanan politik dengan imbuhan urusjanji kerajaan dan kontrek-kontrek lumayan.

Antara perkara yang hangat dibincangkan di kedai-kedai kopi adalah dua senario - pertama adalah cincin itu merupakan hadiah daripada ibu mertua anak perempuannya Maira Nazarbayev, yang dispekulasi mempunyai hubungan rapat dengan mafia Russia, dan keduan, ianya adalah hadiah daripada taukeh besar Cina dari Malaysia. Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: