Rabu, 19 Oktober 2011

CABARAN DEBAT DARI PROF AZIZ BARI, APA JAWAPAN `LOYAR KONGKANG' ?


Oleh: WFAUZDIN NS


MEMANG sudah saya jangka awal lagi, Zul Kulim tidak akan berani menyahut cabaran debat dari Prof Dr Aziz Bari berkaitan kononnya Pakar Perlembagaan ini menghina raja-raja. Sepertimana juga Zul Kulim orang yang `tidak laku' di dalam PAS, kemudian `ditendang' pula oleh PKR ini tidak berani menyahut cabaran debat yang pernah dibuat YB Khalid Samad, MP Shah Alam berkaitan isu Kalimah Allah dahulu.

Apabila Prof Dr Aziz Bari mencabar Zul Kulim, MP Kulim Bandar Baru yang menunggu masa untuk di`tong sampah'kan oleh pengundi-pengundi di kawasannya itu untuk berdebat, maka seperti biasa lidah Zul Kulim `firaun besar' ini berputar seperti biawak. Katanya, beliau bersedia untuk berdebat dengan syarat Prof Dr Aziz Bari terlebih dahulu memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Ini tulisan Zul Kulim yang bacul dan penakut ini, " Aziz Bari mencabar teman untuk berdebat dalam isu berkaitan titah Tuanku Sultan Selangor menyentuh mengenai siasatan JAIS terhadap kegiatan dakyah oleh gereja DUMC. Teman langsung takde masalah nak berdebat dengan pensyarah kangkong ni yop, bagitau aja dimana, no problemo.

Cuma sebelum berdebat, Aziz Bari wajib mintak maaf dengan Tuanku dahulu kerana kebiadapan dan sikap kurang ajar dia mempertikai titah Tuanku. Tu saja. Sebab? Sebab teman tak berminat nak berdebat dengan orang yang derhaka kepada Tuanku Sultan Selangor. Lepas aja Aziz Bari mintak maaf dengan Tuanku, anytime yop..anytime insyallah
(zul4kulim.blog)

Betapa punya bengap loyar ini saya pun tidak tahu. Sebab apa Prof Dr Aziz Bari mahu memohon maaf kepada Sultan Selangor? Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor ini memberi erti bahawa beliau mengakui bahawa sememangnya beliau menghina Sultan. Jika demikian, apa gunanya berdebat dengan Zul Kulim kerana isunya sekarang Prof Dr Aziz Bari mempertahankan pendiriannya bahawa beliau tidak menghina Sultan Selangor, manakala Zul Kulim menuduh Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan. Justeru itu, Prof Dr Aziz Bari mencabar Zul Kulim berdebat. Yang si Zul Kulim ini pening lalat meletakkan syarat tidak masuk akal itu buat apa? Ada juga Peguam yang tidak cerdik rupanya di dalam negara ini.

Seperti contoh, dua kumpulan akan berdebat atas tajuk `Adakah Zul Kulim seekor lembu atau manusia?". Sebelum debat, syarat diletakkan agar satu kumpulan mesti mengakui bahawa `Zul Kulim adalah lembu". Maka, bodoh benarlah jika debat diadakan juga. Sehubungan itu, jelas pada kita bahawa sememang sahih dan nyata Zul Kulim tidak berani berdebat dengan Prof Dr Aziz Bari, sebab itulah beliau meletakkan syarat yang pasti akan ditertawakan orang.

Benarlah seperti yang ramai kata, MP Bebas yang tidak di`redhai' majoriti pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru itu hanya berani menyalak di depan TV sahaja. Memang lojik jika ada yang berkata beliau dahulu memang layak menjadi `tukang bawa fail' sahaja ke mahkamah. Itu pun ada hati mahu gelar Prof Dr Aziz Bari sebagai `Prof Kangkung' sedangkan dia `Loyar Kongkang Celah Kelangkang '. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: