Sabtu, 14 Mei 2011

Laporan Utusan 'ada asas' Bersifat Dangkal

TVS NEWS

SHAH ALAM : Kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa laporan akhbar Utusan Malaysia berhubung komplot kumpulan paderi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sebagai 'ada asas', disifatkan sebagai dangkal.

Exco Selangor, Xavier Jayakumar berkata Hishammudin Tun Hussien harus bersikap lebih profesional dalam menangani isu sensitif antara agama ini dan bukannya melindungi akhbar milik UMNO itu.

Beliau menegaskan kenyataan Hishammudin itu seolah- olah menolak penafian Persekutuan Kristian Malaysia bahawa tiada usaha seperti yang dilaporkan Utusan.

"Pada pandangan saya, beliau sebagai Menteri Dalam Negeri, sepatutnya buat suatu keputusan kalau benar beliau seorang menteri yang bertanggungjawab beliau seharusnya buktikan bahawa negara kita adalah sebuah negara aman.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia ini mampu mencetuskan satu perasaan benci antara kaum dan agama, ini bukan satu perbuatan akhbar yang bertanggungjwab," tegas Xavier.

Utusan sebelum ini bertindak melaporkan wujudnya usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi oleh sekumpulan paderi dan turut mengaitkan parti kompenan Pakatan Rakyat, DAP.

Apa yang mengjengkelkan, dakwaan itu hanya diceduk daripada 2 laman blog pro UMNO, 'Marahku' dan 'BigDog' tanpa sebarang siasatan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini menegur pengurusan Utusan bersabit laporan berbaur fitnah itu.

Teguran itu disambut dingin oleh pelbagai pihak termasuk Xavier sendiri.

Beliau mengutuk tindakan berat sebelah KDN yang dilihat bertindak menarik balik permit akhbar Suara Keadilan, hanya kerana isu 'Felda Bankrap', yang tidak mengancam kesejahteraan antara kaum.

Tetapi KDN hanya 'menegur' Utusan atas laporan yang boleh mencetus ketegangan antara kaum dinegara ini.

"Dengan kuasa yang ada pada Hishamuddin, saya berharap beliau menggunakannya untuk bekukan pengeluaran utusan sehingga pihak polis keluarkan keputusan yang tepat hasil siasatan, menerusi sisatan itu, boleh ditentukan sama ada mahu terus menutup atau kalau nampak tidak ada asas, ambilah tindakan keatas mereka yang keluarkan kenyataan itu," katanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Hishammuddin dipetik menasihati semua pihak termasuk media supaya tidak beremosi dengan menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung laporan Utusan Malaysia itu.

"Sekarang, apa yang berlaku ialah, UMNO-BN menggunakan Utusan Malaysia sebagai bahan untuk meningkatkan perasaan benci antara kaum didalam Malaysia, ini adalah suatu isu yang sangat sensitif bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, tetapi dalam pelembagaan kita jelas menyatakan Islam agama rasmi dan telah pun disepakati sekian lama," katanya lagi.

Tiada ulasan: