Sabtu, 7 Mei 2011

Lagi perhimpunan bantah kilang proses nadir bumi

MALAYSIA KINI


Sekurang-kurangnya 100 penduduk di Balok dan kawasan sekitarnya mengadakan perhimpuan aman sebagai bantahan terhadap cadangan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi milik Lynas di Gebeng yang terletak berhampiran penempatan mereka.

NONEMereka mendakwa ini kali keempat perhimpunan aman seumpama itu diadakan.

Ia diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Al Fatah di Balok.

Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Anti-Lynas Persatuan Penduduk Balok dan diketuai oleh ketua pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan ketua pemuda PAS Pahang Suhaimi Saad.

Sambil membawa sepanduk dan kain rentang yang tertera perkataan “Selamatkan Kuantan, Hentikan Lynas” mereka juga mendesak pembinaan kilang itu dihentikan segera.

Ada juga kain rentang yang mempunyai logo 1Malaysia tetapi dengan mesej “1Bantah Kilang Radioaktif (rare earth) di Gebeng”.

NONEPada perhimpunan ini, Nasaruddin dan Suhaimi mendakwa Umno cuba membawa dimensi perkauman dalam isu kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Mereka berkata Umno ke kampung-kampung Melayu dan memberitahu penduduk bahawa hanya masyarkat Cina yang menentang projek Lynas.

“Radioaktif adalah isu sejagat,” kata mereka pada perhimpunan ini.

Tiada ulasan: