Khamis, 7 April 2011

Lapan pegawai imigresen diseret ke mahkamah

Mereka didakwa di bawah Akta SPRM 2009 atas kesalahan rasuah.



SHAH ALAM: Seramai lapan pegawai imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan rasuah berhubung urusan kemasukan warganegara Indonesia ke Malaysia.

Kesemua tertuduh, seorang daripadanya wanita, dihadapkan pertuduhan yang sama namun didakwa dalam mahkamah yang berbeza di sini hari ini.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Namun salah seorang tertuduh, Md Shahrizal Che Dan dihadapkan dengan pertuduhan terbanyak iaitu 31 pertuduhan berbanding yang lain.

Md Shahrizal, 26, merupakan pegawai imigresen Malaysia yang bertugas di bahagian perkapalan, Pelabuhan Klang Selatan didakwa menerima sogokan berjumlah RM51,760.


Tiada ulasan: