Serangan peribadi orang tidak mahu terima, orang Sarawak suka secara aman dan selamat.
PETALING JAYA: Rakyat Sarawak tidak ingin dan enggan menonton video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata seorang pemimpin muda PAS negeri itu.
“Orang Sarawak tidak percaya video itu. Kami tidak tengok, kami juga tidak mahu tengok. Video seks Anwar orang tidak layan,” katanya yang enggan namanya disiarkan.
Pemimpin PAS itu berkata, beliau mendengar ada pihak yang mahu menjadikan isu video seks tersebut sebagai bahan kempen pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berjalan.
Bagaimanapun katanya, “tidak ada sambutan daripada penduduk Sarawak, menyebabkan sehingga hari ini isu video seks tidak dijadikan bahan kempen utama.
“Serangan peribadi orang tidak mahu terima, orang Sarawak suka secara aman dan selamat.
Isu tanah adat lebih penting
“Ceramah berbentuk provokasi tidak berlaku di Sarawak. Inilah budaya orang Sarawak sejak dulu lagi. Walaupun banyak parti pelbagai kaum, kami hidup aman damai.
“Jadi berkempen secara kasar dengan memaki hamun termasuk serangan peribadi yang berlaku di Semenanjung tidak akan ada di negeri ini,” katanya.
Menurutnya, sebaliknya pengundi Sarawak terutama di kawasan pedalaman mahu tahu mengenai isu tanah adat (NCR) yang diperkatakan secara meluas di seluruh negeri.
Beliau berkata, rakyat juga mengambil berat mengenai janji-janji pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri yang lalu.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memerintah Sarawak sejak tahun 1981 dan pembangkang pula mendedahkan pelbagai kelemahan dalaman dan salahguna kuasa dalam pentadbirannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan