Selasa, 12 Oktober 2010

PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon

MALAYSIA KINI


Cawangan PKR Batu Sapi telah menyenarai-pendek tiga calon yang berkelayakan untuk diketengahkan bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, kata ketuanya Hassnar Ebrahim.

"Tiga nama berkenaan - seorang Bajau, seorang Suluk dan seorang lagi untuk dipertimbang oleh kepimpinan PKR Sabah malam ini.

"Biarkan pucuk pimpinan umumkan keputusan itu. Kami akan adakan juga mesyuarat Pakatan Sabah di Kota Kinabalu tidak lama lagi bagi membincang persiapan pilihan raya kecil.”

PKR diamanahkan untuk bertanding di parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya 2008 tetapi parti itu gagal mengetengahakan sebarang calon pada hari penamaan calon.

Calon ditahan polis

"Apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 tidak patut dipersalahkan ke atas PKR. Calon kami, Dr Yusuf Sheikh Ahmad, malangnya ditahan oleh anggota polis cawangan khas untuk disoal-siasat sehingga proses penamaan calon berakhir,” dakwa Hassnar.

Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh telah menyatakan minat parti itu untuk bertanding, meskipun DAP dikatakan berminat untuk mewakili Pakatan Rakyat.

Menurut Hassnar, beliau bukan antara calon PKR meskipun beliau dilantik sebagai ketua cawangan baru-baru ini. Beliau juga menolak spekulasi bahawa PKR akan menyerahkan kerusi itu kepada DAP untuk bertanding.

Batu Sapi adalah kawasan majoriti penduduk Islam, manakala bukan Islam yang dikatakan penyokong DAP mewakili kira-kira 40 peratus daripada pengundi.

Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada Sabtu lalu.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

BN dijangka sekali lagi diwakili oleh PBS untuk kerusi Batu Sapi manakala satu lagi parti pembangkang SAPP, juga dikatakan berminat untuk bertanding.

15 ulasan:

madd berkata...

tidak kira BN atau PR, pastikan calon yang dihantar bertanding adalah calon yang terbaik untuk rakyat..

Anak Sabah berkata...

Diharapkan calon yang baik akan bertanding dalam PRK ini.

Jason berkata...

Make sure the candidates that will be competing in the election are competent.

tombolo berkata...

pilihlah calon yang terbaik untuk bertanding.

Anak Sabah berkata...

Calon dan pengundi Batu Sapi perlulah bersedia untuk bertanding dan mengundi setelah tarikh PRK ini diputuskan.

evan medhousky berkata...

lakukan persiapan awal dan elakkan sebarang kekecohan semasa PRK berjalan.

Bujang Senang berkata...

Tidak kira berapa calon sekalipun yang penting mempunyai keteria seorang pemimpin yang baik terhadap rakyat Batu Sapi.

Unknown berkata...

Mungkin calon PKR itu adalah yang terbaik untuk mereka. Tetapi mereka harus memilih calon yang baik dimata rakyat dan bukan dimata ketua PKR itu sendiri. Rakyat yang penentu untuk pemimpin mereka. Oleh itu BN pun akan melakukan perkara yang sama untuk memenangi kerusi Batu Sapi. Bertandinglah dengan cara yang baik.

Unknown berkata...

Mari kita tunggu siapakah calon yang akan bertanding sambil kita tunggu jumaat ini pengumuman tarikh PRK akan diadakan. Semoga berjaya..

azman berkata...

BN dan PR pasti akan mencalonkan calon terbaik mereka untuk bertanding.. apa pun terpulang kepada rakyat membuat pilihan. pilihlah calon yang baik untuk rakyat.

Tanpa Nama berkata...

tak kira sapa calon yang penting calon tersebut berkebolehan dan disukai rkyat.

Unknown berkata...

Senaraikan saja semua calon yang ada. yang penting amanah.

mike berkata...

calon itu biarlah yang menjadi pilihan pengundi..

mike berkata...

diharap BN akan menang pada PRK batu sapi itu nanti.

mike berkata...

apa pun diharap PRK batu sapi akan berjalan dengan lancar.