Selasa, 12 Oktober 2010

Mahasiswa UPM bantah bekas kandang kuda jadi tapak berniaga


kandang bm Oleh Staf FMT

PETALING JAYA: Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini membantah sekeras-kerasnya tindakan pihak pengurusan Pesta Konvo universiti itu yang meletakkan mahasiswa berniaga di tapak bekas kandang kuda.

Pengerusinya Syed Syafiq bin Syed Hashim menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penghinaan serta memberi layanan golongan kelas kedua terhadap mahasiswa.

UPM yang menganjurkan Majlis Konvokesyennya kali-34 dari 9 hingga 10 Oktober lalu turut menyediakan Pesta Konvokesyen serta Ekspo Mini Mahasiswa di kawasan yang dikenali sebagai ‘Bukit Ekspo’.

Menurut Syed Syafiq, beliau menerima aduan daripada mahasiswa yang berniaga di kawasan itu dan mendapati wujud penyelewengan pihak pengurusan yang menggunakan mahasiswa bagi mendapatkan gerai.

"Beberapa staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) didapati menggunakan nama mahasiswa untuk mendapatkan kawasan tapak yang sepatutnya diperuntukkan untuk mahasiswa berniaga. Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Garis panduan tidak dipatuhi

"Malah melalui pelan asal, tapak niaga yang sepatutnya menjadi garis panduan tidak dipatuhi. Pihak pengurusan Pesta Konvo telah mendirikan beberapa khemah baru untuk peniaga-peniaga dari luar berniaga," katanya melalui kenyataan media kepada FMT.

Menurut Syed Syafiq, pihak pengurusan Pesta Konvo telah menyerahkan tapak berniaga untuk peniaga-peniaga luar dengan harga RM1,200 satu tapak.

Manakala untuk mahasiswa diberi tapak bekas kandang kuda dengan bayaran sebanyak RM300 untuk satu tapak.

Katanya, sikap tidak bertanggungjawab pihak pengurusan turut ditegur ekoran bersikap lepas tangan dalam menangani peniaga di tapak barangan (tapak kering) daripada menjual barang makanan.

"Sebaliknya, mereka (pihak pengurusan) meminta peniaga-peniaga tapak makanan (tapak basah yang dikhususkan untuk mahasiswa) menegur sendiri sikap peniaga di tapak barangan.

Jesteru itu, beliau berharap agar pihak pengurusan dan yangt terbabit dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah itu.

Tiada ulasan: