Rabu, 3 Mac 2010

YBK Gagal Kemaskini Rekod, Notis Tunggakkan Guna Alamat MB

TV SELANGOR

Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini dimaklumkan bahawa Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tidak mengemas kini maklumat apabila notis tunggakan cukai tanah masih menggunakan alamat pejabat Menteri Besar Selangor di Tingkat 21 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri membuat keputusan supaya Jabatan Audit melakukan audit terhadap semua harta dan aset yang dimiliki oleh yayasan itu.

Antara harta dan aset yang dikenal pasti dimiliki YBK termasuk tanah di Pusat Bandar Rawang, Serendah, Shah Alam, Mukim Api-api di Kuala Selangor seluas 5.4 ekar termasuk sebuah bangunan serta rumah-rumah milikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata audit itu perlu dilakukan kerana banyak maklumat mengenai YBK yang tidak dikemas kini sebelum laporan kertas putih dikeluarkan.

Tiada ulasan: