Rabu, 3 Mac 2010

Usah 'ketagih' komputer: Rais

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Masyarakat diingatkan supaya tidak terlalu cenderung menatap komputer sehingga mengetepikan tabii membaca buku.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, adalah berbahaya jika rakyat terlalu cenderung kepada komputer kerana ia boleh mengganggu proses pembelajaran.

“Kecenderungan menatap komputer perlu diseimbangkan dengan kecenderungan membaca supaya kita tidak menjadi abdi kepada komputer dan tidak membaca,” katanya selepas melancarkan Program Mari Membaca 1Malaysia anjuran Perpustakaan Negara di sini, semalam.

Rais berkata, kecenderungan terhadap komputer merupakan saingan utama kepada tabii membaca, oleh itu kempen membaca perlu dilaksanakan berterusan.

Malah beliau turut menyarankan buku klasik dimuat turun dalam Internet bagi memudahkan masyarakat menelaah nashkah berkenaan.

Tiada ulasan: