Selasa, 2 Mac 2010

Sabah: Ceramah Anwar Mempersonakan Rakyat?

Laporan: HALIK ZAMAN (sabahkini)

SETIBANYA Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di perkarangan SM Kian Kok, Likas, Sabah untuk acara Rumah Terbuka Pakatan Rakyat, beliau disambut dengan ribuan manusia berbagai fahaman agama dan bangsa rakyat Sabah.

Di perkarangan SM Kian Kok penuh sesak dengan manusia, pekikan reformasi berkumandang. Tepuk sorak gegak gempita disulami jeritan rakyat marhaen, “Hidup Anwar” tidak putus-putus bagai menyambut seorang Wira Negara ke persada bonda yang dianggap oleh rakyat Sabah sebagai “Penegak Demokrasi Negara Malaysia.”

Dalam Dewan Kian Kok juga, ribuan manusia yang telah menantikan ketibaan Dato’ Seri Anwar sambil bertepuk tangan menyambut kehadiran pemimpin yang dikagumi oleh rakyat Sabah, teriakan rakyat terus memecah kesunyian, “Kami mahu perubahan, kami benci fitnah dan kezaliman BN.”

Pengerusi DAP Negeri Sabah, Dr. Hiew King Chew yang juga merupakan Pengerusi Bersama Penganjur ‘Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Tahun Baru Cina’ memaklumklan kepada orang ramai bahawa, PRU13 akan datang ini Komponen Pakatan Rakyat Sabah akan mencabar Barisan Nasional Sabah dengan, ‘Satu Lawan Satu’ di setiap kawasan PRU di seluruh Negeri Sabah. Memperjuangkan hak rakyat Sabah di bandar dan luar bandar.

Kata Dr. Hiew, “DAP Sabah mampu berbuat demikian kerana DAP yakin dengan semangat kerjasama dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat Sabah yakin hanya dengan bersatu padu tenaga antara PKR, DAP dan PAS sahajalah yang boleh menumbangkan dengan mudah Barisan Nasional Sabah yang lebih bijak bercakap propadanda bohong hakikatnya BN cuma memperjuangkan hak kroni dan memperkayakan diri para pemimpin itu sendiri.”

Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, Ustaz Hishamuddin turut berucap menyatakan dalam perhimpunan raksasa di Kian Kok itu memberi tahu bahawa PAS senantiasa terbuka untuk berkerjasama dengan PKR dan DAP demi untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Sabah, PAS juga berharap PRU13 nanti Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan BN ‘Satu Lawan Satu.’

Penasihat Nasional DAP, Lim Kit Siang turut menyatakan dalam perhimpunan tersebut bahawa, “Para pemimpin UMNO tersilap membuat perhitungan kepada DAP dalam Pakatan Rakyat DAP kononnya tidak boleh berkerjasama dengann PAS dan PKR, kerana DAP mempunyai ideologi yang berlainan, UMNO meramalkan usia ikatan perpaduan dalam Pakatan Rakyat paling lama 6 bulan sahaja ia akan punah, ranap, hancur dan musnah dilanda pergeseran ideologi.”

“Berlainan ideologi itu bukan penghalang menuju kepuncak kejayaan. Sudah kami kikiskan perasaan perkauman dalam DAP demi Pakatan Rakyat, kami buang pergeseran ideologi itu ke Laut China Selatan. Kami bersatu demi Negara Malaysia. Kami bersatu hasil dari muzakarah. Kami bersatu kerana didorong dari rasa keinsafan, bila Pakatan Rakyat berpecah belah, selama-lamanya DAP, PKR dan PAS jadi pembangkang, tidak seperti sekarang bahawa Pakatan Rakyat kuat hingga boleh menumbangkan BN di 5 buah Negeri dalam Malaysia,” kata Lim Kit Siang dengan penuh yakin.

Dato’ Seri Anwar menyusul selepas Lim Kit Siang dalam memberikan amanat kepada penyokong Pakatan Rakyat. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan dalam ucap utamanya, bahawa hanya dengan penyatuan sejati PKR, DAP dan PAS sahajalah yang dapat menumbangkan BN. Ini adalah kerana hatta pada ketika ini, BN sedang mengalami detik-detik ‘ngeri’ dengan kebangkitan semangat reformasi di kalangan rakyat Malaysia.

BN sebenarnya pada dasarnya amat gentar dengan situasi yang melanda Malaysia. Mereka gusar dan bimbang dengan kedudukan mereka yang sudah goyah dan ibarat retak menanti belah. Demi untuk mengawal senario ini agar jangan berlarutan parah, maka timbullah agenda-agenda ‘buas’ mereka dengan ‘misi menjatuhkan’ kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kerana begitu beria-ia, ingin melihat PR musnah, maka terbitlah konspirasi fitnah kedua Anwar Ibrahim, orang yang paling mereka geruni. UMNO sangka dengan ‘mengulang-tayang’ drama 1998, rakyat akan kembali kepangkuan UMNO. UMNO mengandaikan ‘cerita-cerita dongeng’ ciptaan mereka ini bisa memudarkan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Ternyata UMNO silap sama sekali.

UMNO sibuk dengan misi membinasakan Pakatan Rakyat, sehingga kepincangan pentadbiran yang selama ini mereka genggam erat terlepas dari tangan. Kes kehilangan enjin jet tentera, dalam sibuk-sibuk isu ini di perbualkan, Menteri Pertahanan dengan selambanya menyatakan enjin jet yang hilang itu tidak mahal harganya cuma RM300,000 sahaja. Perkara kecil.

Semudah itu jawapan beliau untuk menutup ‘kebusukan’ yang berlaku dalam kawalan UMNO? Mereka fikir rakyat akan menerima bulat-bulat jawapan ‘ringkas’ ini, tanpa memilkirkan logiknya. Enjin sebuah lori barangkali boleh didapati dengan harga RM300,000 tapi kita sekarang sedang membicarakan kos enjin sebuah jet! Enjin sebuah jet dalam lingkungan jutaan ringgit! Mana munasabahnya alasan yang diberikan oleh Menteri Pertahanan ini? Suatu alasan bodoh dan songsang.

Apa cerita dengan kes kapal selam yang tidak dapat menyelam ? Mengapa tidak dapat tenggelam? Yang tenggelam hanyalah insan-insan yang ‘lemas’ dengan jumlah komisen yang begitu lumayan RM500 juta. Tujuh keturunan pun tidak habis makan.

Kes kematian misteri Teoh Beng Hock, alasan yang mereka berikan, mendiang Teoh bermain-main di tepi jendela dan terjatuh. Logikkah? Anwar sendiri semasa lebam mata kes 98, alasan mereka, Anwar mencederakan dirinya sendiri. Masuk akalkah tuduhan itu? Kalau yang ini mereka sanggup berbohong tidak mustahil kes fitnah kedua juga mereka buat cerita fitnah.

Sedikit masa dahulu, Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa ada kes rahsia tentera yang dicerobohi dan ke esok harinya pula keluar lagi kenyataan, kes TUTUP dan dianggap SELESAI. Ini cerita apa? Begitu enteng mereka mengambil kira rahsia ketenteraan Negara kita? Apakah ianya benar-benar telah selesai atau sekadar satu lagi ‘agenda membodohkan rakyat?

Terbaru, 20 orang antara yang terkaya di Malaysia. Siapa? Anak bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir, Mokhzani dan adik Perdana Menteri sekarang, Nazir Tun Razak. Banggakah kita? Banggakah kita dengan pencapaian mereka atau timbulnya persoalan di benak minda kita, dari mana mereka mampu membeli puluhan juta nilai saham?

Penobatan sebagai antara yang terkaya di Malaysia berdasarkan jumlah nilai saham yang mereka beli, belum lagi dihitung kira harta-harta mereka yang dari sumber-sumber lain. Barangkali Anandakrisnan pun angkat tangan, surrender!

UMNO/BN mempersoalkan kenapa Dato’ Seri Anwar menyokong kepimpinan YAB Lim Guan Eng hanya kerana beliau seorang berbangsa Cina. Satu lagi persoalan ‘bodoh dan karut’ ciptaan UMNO/BN.

Apakah UMNO/BN sudah terlalu nyanyuk sehingga mereka lupa Ketua-Ketua Menteri BN yang memerintah Pulau Pinang sebelum ini juga berbangsa Cina? Kita amat maklum Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama bernama Tun Lim Chong Eu dan bukannya AHMAD LIM CHONG? dan Tan Sri Koh Tsu Koon dan bukannya MOHAMAD BUAH SUKUN. Mereka ini juga berbangsa Cina dan kenapa UMNO/BN menyokong kepimpinan mereka terdahulu ? Cakap tidak serupa bikin!

UMNO/BN menganggap segala alasan yang mereka berikan untuk menutupi kesalahan ini dapat diterima bulat-bulat oleh rakyat. UMNO/BN sangka rakyat adalah terlalu senang untuk dikaburi hati dan fikirannya.

UMNO/BN anggap orang-orang kampung ini begitu senang untuk ditipu dan ditindas. UMNO/BN barangkali sudah lupa, rakyat sudah tidak berminat untuk menerima maklumat yang diberikan oleh media-media massa di dalam genggaman UMNO/BN. Rakyat telah bijak untuk mencari alternatif lain dalam mencari maklumat tentang isu-isu semasa.

Percayalah, bahtera UMNO/BN dah semakin banyak keretakannya, hanya tunggu masa untuk ‘karam’ sahaja. Sementara itu, kejarlah dan koreklah sebanyak mana harta rakyat untuk di buat bekalan hari ‘depan’ yang gelap!

Kehadiran ditaksirkan secara kasar lebuh kurang 7,000 orang.

Tiada ulasan: