Sabtu, 6 Mac 2010

Pengundi Bagan Serai demo desak Mohsin letak jawatan ahli Parlimen

Oleh JOHARI JAAFAR


BAGAN SERAI: Tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri meninggalkan PKR dan menjadi wakil rakyat bebas cukup menguris hati pengundi pengundi di kawasan ini khususnya masyarakat Banjar. Mereka cukup kecewa dengan tindakan Mohsin. Para pengundi di sini marah bersampur geram dengan tindakan khianatnya.

Perasaan marah dan kecewa itu diluahkan oleh mereka apabila lebih 500 orang mengadakan demontrasi aman pagi 4 Mac lalu. Demontrasi aman itu diadakan oleh pengundi-pengundi Parlimen Bagan Serai yang telah tertipu dengan tindakan Mohsin.

Program bermula dengan berarak dari Pejabat PKR dan terus ke Pejabat Ahli Parlimen Bagan Serai ini. Antara wakil rakyat yang hadir, Adun Selinsing, Husin Din, ADUN Semanggol, Ramli Tusin, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN KUala Kurau, Yunus Jamhari serta Ahli Parlimen Parit Buntar,Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Selain dari itu,pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai yang diketuai oleh saudara Md Nasib turut hadir bersama-sama ahlinya.

Turut hadir Ketua Dewan Penyokong PAS Bagan Serai, Beh Heng Kin dan anak buahnya. Demonstrasi ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Antara wakil rakyat yang berucap mendesak Mohsin meletakkan jawatan secepat mungkin ialah Khalil Idham Lim, Adun Selinsing, Husin Din dan ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamhari.

Menurut ADUN Semanggol, Ramli Tusin, tujuan utama demonstrasi ini adalah untuk mendesak supaya Mohsin)meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai secepat mungkin.

"Tindakan beliau ini amat mengguris hati pengundi-pengundi di parlimen ini seterusnya akan menambahkan kebencian terhadap Umno/BN," kata Ramli

Beliau sudah sedia maklum mengenai permasalahan Mohsin kerana hasil aduan orang ramai tetapi tidak sangka yang beliau sanggup melompat parti.

" Saya kenal beliau pun ketika beliau dipilih menjadi calon Ahli Parlimen Bagan Serai dalam pilihanraya umum ke 12.yang lalu. saya tidaklah berapa rapat dengan beliau memandangkan beliau sendiri jarang turun ke kawasan," jelasnya.

Beliau turutt kesal Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai jarang dibuka, ini menyebabkan semua rakyat datang mengadu ke Pusat Khidmat beliau dan Pusat Khidmat ADUN Selinsing.

"Mohsin juga amat susah hendak menghulurkan sumbangan untuk membantu rakyat," ujar Ramli Tusin.

Ini secara tidak langsung segala permasalahan rakyat banyak ditanggung oleh beliau dan Husin Din sendiri.

Dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, kata beliau lagi rakyat menyokong Pakatan Rakyat kerana marah dengan BN, tetapi gara-gara perangai Mohsin yang mengkhianati rakkyat, keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas, rakyat lebih marah kepada Mohsin berbanding BN walaupun sama sahaja keduanya.

Tiada ulasan: