Isnin, 15 Mac 2010

Lima prinsip hidup untuk rakyat – Anwar

Oleh Mohd Sabri Said


3 Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggariskan lima prinsip bagi kehidupan yang lebih sejahtera di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jika menerajui Putrajaya nanti.

Dalam kunjungannya ke Pulau Pinang baru-baru ini, dalam salah satu ceramahnya, beliau menggariskan prinsip-prinsip tersebut seperti di bawah:

1.Saya akan mendirikan Malaysia sebagai NEGARA MADANI yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsp perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengangkat darjat kemulian insan, kebebasan dan haknya.

2. Saya akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi Makaysia muncul kembali menjadi setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan; menjamin keadilan sosial supaya tidak ada kelompok atau kaum yang terpinggir dan mundur.

3. Saya akan menyusun semula pasukan polis untuk menjadikannya badan MENCEGAH JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan lainnya supaya bebas dari pengaruh politik dan rasuah.

4. Saya akan MENGURANGKAN BEBAN HIDUP rakyat dengan menurunkan harga minyak; tol dan lain-lain tarif; membekal barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan.

5. Saya akan mencipta HARAPAN BARU UNTUK MASA DEPAN Malaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan menjadikan mutu sekolah, kolej dan universiti di Malaysia yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Tiada ulasan: