Jumaat, 12 Mac 2010

Gerakan kepada Najib:Jangan terima Zulkifli Noordin

DETIK DAILY


Perdana Menteri Najib Razak dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diibaratkan sebagai "memasukkan pasir ke dalam mangkuk", seandainya UMNO menerima Zulkifli Noordin, ahli parlimen Kulim Bandar Baharu yang dipecat PKR, sebagai anggotanya. Demikianlah umpama yang diibaratkan oleh Naib Presiden Gerakan, Teng Hock Nan.

Menurut Teng Hock Nan (gambar kiri), Zulkifli Noordin terkenal dengan pendiriannya yang ektrem dalam isu agama, malah sering menunjukkan tingkahlaku dan mengeluarkan hujah-hujah rasis yang melampau. Lantaran daripada itu, Zulikifli Noordin dipecat oleh PKR yang melabel dirinya parti berbilang kaum

"Perkara yang sama berlaku kepada BN, terutamanya Najib yang menyarankan '1Malaysia' selepas menyandang jawatan PM. Parti komponen BN kini sedang berusaha ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang harmoni, adil dan saksama. Oleh itu, BN dan UMNO tidak boleh menerima ektremis perkauman seperti Zulkifli Noordin," katanya.

Teng Hock Nan menganggap penyertaan Zulkifli Noordin ke UMNO bukanlah petanda yang baik. Untuk BN, ia akan terjerumus ke dalam satu situasi yang tegang dan bahaya, seoalah-olah satu malapetaka yang bakal menimpa BN.

Teng Hock Nan juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Pulau Pinang. Pada Rabu yang lalu, beliau mengeluarkan kenyataan untuk menyeru agar pimpinan tertinggi UMNO dan BN tidak menerima penyertaan Zulkifli Noordin.

Beliau berkata, Zulkifli Noordin pernah mengeluarkan hujah yang ektrem, terlibat dalam demonstrasi, malah menceroboh forum agama yang dianjurkan Majlis Peguam Negara.

"Tingkahlakunya (Zulkifli Noordin) akan mengundang malapetaka yang lebih besar untuk BN yang berhemah dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat berbilang kaum. (Seandainya beliau diterima,) Mustahil BN memperolehi persetujuan dan sokongan rakyat pada PRU yang akan datang."

*Kenyataan media oleh Teng Hock Nan, selaku Naib Presiden Gerakan. Diterjemahkan dari bahasa Cina.

Tiada ulasan: