Rabu, 12 Ogos 2009

Si Ramizu Lagi !

Editor Buletin


KUALA TERENGGANU – Sudah tiga kali bertanding dan dua kali yang lalu tewas dengan hilang deposit. kali pertama pada Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Kali kedua pada Pilihanraya kecil Penanti dan sekarang Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pula !

Ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 43, mengumumkan bertanding untuk kali ketiga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh pada 25 Ogos ini atas tiket Bebas.

Berasal dari Taiping, Perak dan berpendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping, beliau sekali lagi mempertaruhkan nasib walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan raya kecil DUN Penanti sebelum ini.

Dipetik dari Berita Harian Online, Kamarul yang juga penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Pekida), berkata beliau akan menggunakan simbol payung hitam dan berkempen lebih tersusun menggunakan lebih 300 jentera terdiri penyokongnya. "Saya akan terus menampilkan konsep beriman dalam politik menerusi kempen pilihan raya kecil ini.

"Meskipun dua pilihan raya kecil sebelum ini saya tewas, ia bukan penamat bagi saya untuk menawarkan khimat bakti kepada masyarakat, khususnya di Permatang Pasir," katanya.

Pada pilihanraya kecil Bukit Gantang beliau hanya mendapat 62 undi manakala di Penanti Ramizu memperolehi hanya 56 (0.7%)undi sahaja.

4 ulasan:

Paduka Pakatan Bebas berkata...

http://s3banijawi.blogspot.com/2010/11/sejarah-bani-jawi.html

Paduka Pakatan Bebas berkata...

Melayu perlu bersatu dan musnahkan ketaksuban berparti bak kata pepatah 'dah terhantuk baru nak terngadah' bila dah jadi Rebublik baru muncul kesedaran, tapi dah terlambat. Mahukah kita direpublikan? Walau apapun dasar-dasar pelbagai parti semuanya hebat tapi adalah lebih hebat Melayu dalam pelbagai parti bersatu di atas tajuk 1Bani Jawi. Dan buktikan pada pilihanraya yang akan datang kita bersatu dan mencapai 60% undi Melayu dan tarik dari 40% dari pelbagai kaum sebanyak 15%. Maka,satu keajaiban Melayu bersatu memerintah. Apa macam? Ada berani? Layarilah blog http://s3banijawi.blogspot.com/2010/11/sejarah-bani-jawi.html

sulong berkata...

Salam Sejahtera semua pembaca budiman,

Sebagaimana petikan dari Berita Harian Online di atas, seolah-olah kekalahan dalam 3 kali pilihanraya akan melemahkan perjuangan kami (Saya ialah PA dan Urusetia calon). Maksud Calon Bebas Kamarul Ramizu bin Idris itu ialah untuk penyatuan orang-orang Melayu yang berparti dan taksub dengan parti masing-masing kemudian mereka telah berpecah kepada 3 parti yang 'tak sebulu' tambah lagi satu parti AKIM. Pepatah mengatakan "Antan dengan Lesung bergaduh, ayam yang dapat makan" ertinya Melayu bergaduh, bangsa lain yang kaya raya. Begitulah bodohnya Melayu Taksub berparti..

sulong berkata...

Parti Bebas adalah medium perdamaian dan penyatuan tetapi orang-orang bodoh memperkecilkan perjuangan parti ini. Akhirnya beliau beralih kepada PPP sambil menyampaikan mesej beriman dan Bani Jawi. Begitu juga beliau dan para pejuangnya menggunakan medium NGO agar Melayu boleh bersatu dan SATU SUARA MELAYU untuk mempertahankan kedaulatan dan pemerintahan Kerajaan Negara Malaysia yang awalnya dibawah pimpinan Melayu tapi dibimbangkan Negara kita tergadai dan banyak kerusi parlimen nanti adalah bukan Bumiputera. Pepatah beliau "Tidak salah berparti tetapi jangan taksub" kerana taksub akan menambah perpecahan dan istilah lompat parti tidak perlu wujud sebab dasar semua parti baik. Hanya parti kominis sahaja yang haprak. Agenda Haprak Kominis telah menyelinap masuk dalan pelbagai parti untuk merampas kembali kekuasaan mereka. Itu pun Melayu tak sedar-sedar lagi dan masih seronok sendiri. Bukah sahaja Melayu Mudah Lupa tapi sekarang 'Teruk' dari itu lagi.