Sabtu, 15 Ogos 2009

Rela, JPAM bantu polis

Oleh Suhana Roslan


BANGI: Seramai 133 anggota polis sukarela terdiri daripada 64 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan 69 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang tamat kursus kepolisan semalam ditempatkan di 157 kawasan panas seluruh negara, Isnin ini.

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol), Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata penempatan mereka selaras ketetapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi kurangkan 20 peratus jenayah jalanan pada 2010.

Beliau berkata, polis sukarela itu mempunyai kuasa seperti polis untuk menangkap penjenayah dan meronda di kawasan panas tetapi tidak dibekalkan senjata api.

“Kursus dua minggu itu hanya fokus ilmu asas sebagai polis moden sebagai panduan jalankan tugas.

“Mereka juga memakai seragam seperti polis cuma pelekat pada bahu baju mengikut pasukan keselamatan masing-masing,” katanya selepas majlis Tamat Latihan Kursus Asas Kepolisan Rela dan JPAM di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia di sini, semalam.

Tiada ulasan: