Rabu, 26 Ogos 2009

Pemuda Gerakan:Pemuda PAS kejulingan

MERDEKA RIVIEW


Pemuda Gerakan membidas tindakan Pemuda PAS yang membantah konsert Michael Learns To Rock (MLTR), yang bakal diadakan di Malaysia pada 5 September. Pemuda PAS tidak seharusnya mencabul hak golongan belia untuk memilih bentuk hiburan sendiri, selagi konsert tersebut tidak bercanggah dengan nilai dan budaya tempatan, tegasnya.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin menyifatkan tindakan bantahan oleh Pemuda PAS ini sebagai "kejulingan", melihat golongan belia Malaysia dengan pandangan yang cetek. Lim berharap agar rakyat menyedari kesan daripada bantahan Pemuda PAS tersebut.

Beliau berkata, MLTR adalah band musik Denmark yang terkemuka di antarabangsa. Peminatnya tersebar luas di dunia, termasuk Malaysia. Kami tidak faham mengapa Pemuda PAS membantah dan mencabul hak orang muda di Malaysia untuk menonton persembahan MLTR

"MLTR pernah mempersembahkan pertunjukan di Malaysia. Tiada unsur lucah atau elemen yang negatif dalam konsert ketika itu. Saya berharap Pemuda PAS tidak hanya membantah segala konsert muzik antarabangsa yang bakal diadakan di Malaysia, sebelum kajian diteliti terlebih dahulu," katanya.

Beliau bertanggapan bahawa dalam masyarakat yang progresif, kita seharusnya memberi rakyat, khususnya orang muda untuk memilih bentuk hiburan mereka, sama ada teater muzik, mahupun rock atau persembahan seni.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan menyatakan bantahan terhadap keputusan kabinet untuk membenarkan MLTR mengadakan konsert di Malaysia. Pemuda PAS menganggap keputusan ini adalah biadap dan hina kepada muslim Malaysia.

Beliau memberi amaran agar penganjur tidak mencabar sensitiviti muslim. Beliau berkata bahawa seandainya konsert tidak dibatalkan, Pemuda PAS akan memobilisasi muslim yang muda, termasuk NGO Islam untuk memprotes. Gerakan tersebut pernah memprotes konsert Beyonce, Avril Lavigne and Gwen Stefani.

Tiada ulasan: