Khamis, 27 Ogos 2009

Bekalan gula cukup: MSM

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Bekalan gula mencukupi untuk menampung keperluan pengguna, kata Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (MSM), sebuah kilang penapisan gula yang menguasai 50 peratus daripada pasaran gula domestik.

“Secara amnya, bekalan mencukupi, kecuali di beberapa kawasan. MSM akan menyelaraskan dengan kerajaan untuk menampung kekurangan di kawasan tertentu.

“Kami sudah diminta kerajaan untuk memasukkan kira-kira 1,000 tan metrik gula ke dalam sistem dan bekalan akan sampai di kawasan terbabit dalam tempoh beberapa hari,” kata Pengarah Urusannya, Chua Say Sin, selepas taklimat media dan penganalisis mengenai keputusan separuh tahun syarikat berasaskan perladangan PPB Group itu.

Katanya, kekurangan yang dialami sekarang ini di Kedah kerana 70 peratus daripada bekalan disalurkan ke Kelantan.

“Ia sebenarnya lebih membabitkan isu pengedaran,” katanya, sambil memberi jaminan bekalan akan kembali pulih menjelang September,” katanya.

Tiada ulasan: