Khamis, 23 Ogos 2018

Sukan Asia: Boling sumbang emas pertama buat Malaysia

MalaysiaGazette
malaysia-bowling-asian-games-681x383
Cheah Mei Lan, Siti Safiyah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi memenangi pingat emas pertama buat Malaysia di Sukan Asia 2018. foto Stadium Astro


PALEMBANG, INDONESIA – Skuad boling negara menepati ramalan sebagai penyumbang pingat emas kontinjen Malaysia dalam kempen Sukan Asia 2018 di sini.

Emas pertama Malaysa itu hadir menerusi acara trio wanita di Pusat Boling Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang hari ini.

Esther Cheah Mei Lan-Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman-Syaidatul Afifah Badrul Hamidi muncul wira apabila menamatkan balingan dengan jumlah 4,326 jatuhan pin.

Boling merupakan antara sukan yang menjadi sandaran meraih sasaran tujuh pingat emas buat kontinjen Malaysia untuk edisi ke-18 itu. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: