BANGI – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bakal
menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH)
dan MCA.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman pukul 10.25 pagi selepas proses penamaan calon yang dibuka pada pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 10 pagi tadi.
Hari mengundi bagi PRK Balakong ditetapkan pada 8 September ini manakala proses mengundi awal pada 4 September.
Ahli Jawatankuasa MCA Bahagian Serdang, Tan Chee Teong akan menentang calon PH iaitu Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki.
Chee Teong diumumkan sebagai calon PRK Balakong pada 14 Ogos lepas oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
Chee Teong yang merupakan anak jati Serdang itu aktif di peringkat akar umbi.
Beliau tiba di pusat penamaan calon di Pejabat tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi diiringi Ka Siong pukul 8.50 pagi dan mengemukakan kertas pencalonan pada pukul 9.06 pagi.
Siew Ki pula tiba ke pusat penamaan calon pada pukul 8.55 pagi dan menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.13 pagi.
Tiada kertas pencalonan ditolak.
Para penyokong kedua-dua calon berkumpul 100 meter dari pusat berkenaan pada pukujl 8.30 pagi sebagai menyatakan sokongan mereka.
Seramai 400 anggota dan pegawai polis ditugaskan memastikan hari penamaan calon berjalan lancar.
Kali ini MCA bertanding menggunakanb logo sendiri dan bukan logo Barisan Nasionak (BN) setelah direstui oleh kepimpinan BN.
PRK Balakong diadakan ekoran kekosongan kerusi itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri, Eddie Ng dari DAP meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu, Eddie mengatasi calon Barisan Nasional dari MCA, Lim Chin Wah dan calon Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti undi 35,538.
DUN Balakong memiliki 62, 219 pengundi berdaftar dan hanya 88 peratus daripadanya telah keluar mengundi pada PRU14 lalu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan