Rabu, 8 Ogos 2018

Muhyiddin dibenarkan keluar hospital, berehat di rumah



Muhyiddin dibenarkan keluar hospital, berehat di rumah

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah dibenarkan meninggalkan Hospital Mount Elizabeth, Singapura, setelah selesai pembedahan dan menjalani rawatan sejak 12 Julai lalu.

Setiausaha Akhbarnya Hafiz Abdul Halim berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, buat masa ini selepas keluar daripada wad akan berehat bersama keluarga.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan itu turut mengucapkan penghargaan kepada semua doktor dan jururawat di Hospital Mount Elizabeth Singapura.

” Terima kasih juga kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dan meluangkan masa melawat YB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin semasa beliau di sana,” ujar kenyataan itu hari ini.

Sepanjang beliau berada di sana selama 25 hari beberapa pemimpin utama negara dan luar negara hadir menziarahi beliau.

Tugas beliau dipangku oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan: