Selasa, 21 Ogos 2018

LGBT : Mahathir cakapnya kadang kala dia sendiri lupa





Ada orang kata, sangat sukar kalau kita bercakap dengan orang yang mudah lupa. Mahathir walaupun dia pernah berkata Melayu mudah lupa dan dia sebenarnya bukan Melayu. Tapi Mahathir "kaki lupa" macam Melayu juga.

Lupa, anda tahu apa itu lupa?

Katakan anda pinjamkan wang kepada kawan anda. Bila anda tanya bila nak bayar, dia jawab bila dia pinjam. Betul-betul lupa bukan buat-buat lupa (ini pun perangai Mahathir juga). Sakit kita nak mengingatkan kawan kita. Akhirnya duit kita boleh lesap.

Hari ini saya cerita pasal Mahathir mudah lupa atas isu LGBT. Dulu bukan main kata geng LGBT dan Amiga itu tidak betul. Ini cerita tahun 2012 semasa itu Marina aktif dengan LGBT, SIS dan Human Right bersama Amiga.



Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamed telah mengingatkan anaknya Datin Paduka Marina agar berhati2 dalam menyatakan sokongan secara terbuka dalam mana2 badan hanya dek kerana mahu bergerak atas nama 'Human Right'.

Apatah lagi sokongan tersebut diberikan terhadap Kumpulan yang memperjuangkan hak kebebasan suara Pro LGBT dikepalai Ambiga.

"Saya berharap dia akan sedar apa yang dia lakukan adalah tidak baik untuk diri sendiri dan imej keluarga. Beliau juga harus peka tentang adik kandungnya Datuk Mukhriz yang memegang jawatan dalam Kerajaan. (Ni kepentingan anak dia seorang lagi yang kini giat di lobi bakal PM selepas dia meninggal nanti)

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian dalam satu temu bual dengan stesen televisyen dalam talian - Observer Malaysia (MobTV).



"Mungkin ia adalah kerana dia tidak mempunyai cita-cita supaya dia bercakap menerusi fikirannya. Saya tidak boleh bersetuju dengan perkara-perkara yang dia lakukan, tetapi hari ini anda tidak boleh memberitahu anak-anak anda agar menghentikan apa yang diperlakukan mereka."

"Dia (Marina) tidak pernah memberi penjelasan mengenai sokongan terhadap kumpulan ini (LGBT). Tapi saya berharap dia tidak. Saya faham dia bercakap soal Human Right. Akan tetapi ada batasan2 nya. Jangan sehingga perlakuan yang ditegah seperti LGBT ini juga ada ruang untuk dipertahankan."

Sekarang dia lupa tentang LGBT.

Dia pun menjadi sebahagian daripada kumpulan ini kerana demi kepentingan undi mereka atas asas kedudukan Pakatan Harapan yang mangkin tergugat.

SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/

Tiada ulasan: