KENAPA
satu lagi suara wakil rakyat daripada pembangkang perlu ada dalam
sidang Dewan Negeri Selangor. Saya punya tema ‘Stand by me, i will stand
up for you’. Saya akan bawa suara rakyat di sidang dewan berkaitan
apa-apa sahaja isu. Ikuti wawancara calon PRK Dun Seri Setia, DR HALIMAH
ALI bersama Pengarang Harakah, SAIDAH HAIRAN dan Wartawan, NORAZIHA
ABDULLAH.
HARAKAH:
Tahniah diucapkan kepada Dr Halimah kerana terpilih sebagai calon Dun
Seri Setia. Ini satu tanggungjawab yang besar. Boleh jelaskan, adakah Dr
sudah menyangka akan dicalonkan untuk Dun Seri Setia?
DR HALIMAH: Sebenarnya
saya dan kepimpinan Amal akan mengadakan korban di Kampung Cha,
Vietnam. Apabila PAS Selangor dan PAS Pusat mengatakan nama saya dalam
senarai dan saya dah nyatakan yang saya bersedia untuk menyambut hari
raya korban di sana. Oleh sebab arahan daripada parti, saya ikut arahan
itu.
Bagaimana persediaan Dr ketika mendapat tahu menjadi calon di PRK Dun Seri Setia, dalam keadaan kerajaan baharu, PH?
Untuk
menghadapi satu tempat yang baharu dan oleh kerana ini adalah mandat
kepercayaan yang diberikan oleh pimpinan tertinggi daripada Majlis Syura
Ulamak sampai ke PAS Pusat. Bukan sahaja PAS tetapi mereka yang baharu
tersedar dengan terikut-ikut satu gelombang untuk menjatuhkan Datuk Seri
Najib dan BN serta janji-janji yang begitu menarik khususnya bagi orang
muda dengan janji 1 juta pekerjaan, PTPTN akan dimansuhkan, GST
dihapuskan dan merasakan kualiti hidup semakin berkurang apabila GST
dimansuhkan. Saya rasa terbeban bukan sahaja untuk PAS tapi juga untuk
orang yang bersama dengan pembangkang bahkan penyokong-penyokong dan
juga pengundi Pakatan Harapan itu sendiri.
Ini
merupakan tempat baharu bagi Dr kerana sebelum ini di Selat Klang,
apakah isu yang boleh dibawa untuk menarik pengundi di Seri Setia ini?
Dun
Seri Setia ini baharu melalui proses persempadanan semula dan ia
melibatkan beberapa kawasan dimasukkan dalam Dun Seri Setia. Saya
sebelum ini Exco kerajaan Selangor dan terdapat legasi yang saya
tinggalkan di Dun Seri Setia antaranya ‘one stop gent center’.
Antara sebab kenapa saya dahulu pilih untuk mewujudkan ‘one stop gent center’ adalah
salah satu cara untuk menangani masalah sosial. Ini kerana kita telah
dapati isu-isu gejala sosial agak banyak di kawasan Desa Mentari serta
masalah sosial ekonomi yang rendah, tekanan dan dapat juga dilihat
tempat letak kereta yang sangat tidak sistematik.
Isu-isu wanita bagaimana Dr...?
Mungkin
yang menarik isu wanita tentang caruman KWSP daripada suami untuk
surirumah, yang telah dikemukan oleh kerajaan dalam sistem yang baharu.
Sesungguhnya ia hanyalah sebahagian sahaja. Isu wanita di Seri Setia ini
yang mana kos sara hidup yang amat tinggi dan persekitaran yang tidak
kondusif boleh membebankan dan ia perlu dilihat secara holistik dan
perlu diambil perhatian.
Apakah disebabkan faktor ini Dr dipilih menjadi calon di Seri Setia?
Kemungkinan,
selain sebab saya dahulu selaku Exco Pendidikan jadi saya berkesempatan
melawat sekolah-sekolah. Dan dibawah saya dahulu adanya Skim Tunas,
Skim Bantuan Tadika. Ramai di antara mereka ini layak untuk mendapat
Skim Tunas begitu juga keperluan lain.
Mungkin ada janji atau manifesto khusus yang Dr akan tawarkan untuk penduduk di Dun Seri Setia ini?
Tawaran
saya mudah dan sesuai untuk semua, sama ada penyokong PAS, Umno dan
penyokong Pakatan Harapan. Untuk menjadi kerajaan yang sentiasa tertegak
di atas landasan yang betul, ia memerlukan sistem pertimbangan yang
efektif. Walau apapun ditawarkan baik mana pun kerajaan Pakatan Harapan
yang ada di sini perlu ada orang menegur dan berani menegur serta orang
yang akan melihat, meneliti perjalanan sistem pentadbiran yang dikatakan
kerajaan yang bagus dan adil.
Oleh itu, kita mahu melihat kerajaan yang
bagus dan adil yang tiada korupsi serta berat sebelah sepertimana yang
dibantah dan dilawan sebelum ini oleh mereka yang ada dalam Pakatan
Harapan sekarang ini. Ini kerana tawaran inilah kenapa satu lagi suara
wakil rakyat daripada pembangkang perlu ada dalam sidang dewan. Saya
punya tema ‘stand by me, i will stand up for you’ dan
saya akan menggangkat suara anda di sidang dewan berkaitan apa-apa isu.
Oleh itu, pengundi perlu bersama- sama menyokong supaya ada suara
pembangkang yang kuat.
Kalau
dilihat kepada PRU ke 14, Umno mendapat 9,878 undi; PAS 4,563 undi
manakala PH 29,250 undi. Jadi, mungkin ada suara dari hati Dr, bagaimana
untuk menarik pengundi Umno dan PH?
Pertama
saya mengucapkan tahniah kepada pemimpin Umno yang sekarang ini sedar
bahawa mereka perlu bersama-sama bergabung tenaga dan suara untuk
memastikan pembangkang kuat. Umno sekarang adalah pembangkang. Kalau ada
daripada pihak Pakatan Harapan mengatakan PAS telah berkawan atau
berkahwin dengan Umno, itu yang mereka tohmahkan sebelum PRU-14,
sebenarnya ini adalah gabungan pembangkang.
Keduanya, pimpinan Umno juga
telah mengatakan mereka akan memastikan pimpinanpimpinan dan ahli-ahli
Umno membantu memberi kemenangan kepada PAS. Saya mengharapkan ahli Umno
sudah pasti melihat apa yang berlaku sekarang ini.
Dr,
apabila PAS meletakkan calon di Dun Seri Setia, mungkin PH akan
memainkan semula isu 90 juta, PAS akan bergabung dengan Umno. Bagaimana
pandangan Dr?
Pas
ini pertamanya mentarbiyahkan ahli, mendidik ahli berkorban untuk
parti. Kalau kita ada RM90 juta, kita tidak perlu minta daripada ahli.
Ahli PAS, walaupun dalam kerajaan sekalipun, mereka tetap juga
mengeluarkan dari poket sendiri. RM90 juta adalah mainan politik dan
propaganda untuk memastikan pengundi tidak mengundi PAS, sedangkan itu
tidak benar.
Yang keduanya, mengatakan PAS bergabung dengan Umno.
Sebenarnya, PAS tidak bergabung dengan Umno seperti juga BERSATU
bukan bergabung dengan PKR, mereka entiti yang berbeza, tetapi mereka
sebenarnya bergabung dalam Pakatan. PAS dengan Umno tidak pun bergabung
seperti itu. Kita hanyalah blok pembangkang yang sama-sama membangkang.
Kita tidak berdolak-dalik lebih-lebih lagi PAS adalah parti yang
tertegak di atas prinsip. Apa yang baik PAS telah jelaskan siapa sahaja
yang berbuat baik, bermatlamat yang sama, kita mengalu-alukan untuk
bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan