Selasa, 21 Ogos 2018

Guan Eng sudah beri keterangan kehilangan duit tabung GST

Wartawan MalaysiaGazette

MGF08082018_DEWANRAKYAT_53-681x454
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng memaklumkan polis telah mengambil keterangannya berhubung kehilangan wang Tabung Bayaran Balik GST berjumlah RM19.25 bilion.

Keterangan itu diambil di Parlimen semalam bagi siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Menteri Kewangan itu berkata, kehilangan wang itu telah menjejaskan 121,429 syarikat dan individu yang tidak dapat bayaran balik sejak 2015 hingga 2018.

Kehilangan wang tabung itu telah didedahkan semasa sidang Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Dalam kenyataan di sini, Guan Eng juga mahu bekas Perdana Menteri menjawab persoalan adakah Datuk Seri Najib Razak meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti yang ditetapkan.

Malah, Guan Eng juga mempersoalkan adakah Najib meluluskan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Irwan, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan agar tidak memindahkan keseluruhan jumlah RM82.9 bilion yang diminta oleh Jabatan Kastam.

Najib yang juga bekas Menteri Kewangan turut diminta menjawab adakah beliau memberi kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak tahun 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: