GOMBAK: Ahli PAS perlu
mengambil tanggungjawab besar untuk mengemudi sokongan dari golongan
pengundi anak muda yang kini berhadapan cabaran sangat getir.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang berkata, anak muda kini menghadapi tiga perkara utama iaitu
kejahilan agama, keruntuhan akhlak dan serangan pemikiran.
Hal tersebut jelasnya, telah memecahkan
anak muda termasuk sehingga menganggap politik sebagai perkara tidak
penting, lalu membiarkan sesiapa sahaja memerintah.
"Mereka mahu perubahan. Tak kira apa
perubahan. Walaupun yang lebih buruk, mereka tak peduli. Kerana apa?
Kerana kesan yang disebutkan tadi," ujarnya pada Liqa' Fikri PAS Pusat
di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, di sini hari
ini.
Menurut beliau, 30 peratus pengundi muda
antara usia 21 hingga 30 tahun yang dicampur bersama 90 peratus
pengundi bukan Islam telah menyokong dan memenangkan PH pada PRU14 lalu.
Keadaan tersebut terang Tuan Guru,
menyebabkan anak muda menjadi sasaran dan pilihan mereka berikan itu
adalah undi yang rapuh di mana PAS perlu mengambil tanggungjawab
menyelesaikannya. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan