Ahli Parlimen Kapar itu berkata, beliau memiliki bukti termasuk dalam bentuk pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp berkaitan ugutan tersebut.
Menurutnya, ekoran ugutan tersebut, isterinya, Datin Faezah Ariffin telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja, Klang, malam semalam.
“Zuraida ini cukup pengkhianat dengan kata-katanya. Beliau bercakap pasal orang, diri sendiri macam itu.
“Kamu menteri, mustahil nak panggil budak hingusan, isteri saya ada buat laporan polis. Laporan polis ini jelas kerana ada sebut nama ‘Kak Zu mengarahkan saya untuk menghentam dan memastikan telanjangkan Datin Faezah’,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Jelas Abdullah Sani, sepatutnya Zuraida yang dikenakan tindakan disiplin dan bukannya dirinya kerana beliau tidak mengugut mana-mana pihak.
“Saya penakut, tak berani ugut orang, saya takut betul, saya jaga saya punya disiplin. Dia (Zuraida) suruh orang ugut isteri saya.
“Siapa yang lebih teruk? Saya atau dia lagi teruk? Saya nak betulkan keadaan, dia nak tekan orang, cakap dengan Zuraida jaga diri sendiri, disiplinkan diri sendiri, anda menteri, berkelakuan seperti menteri bukan seperti keanak-anakan,"desaknya.
Menurut Abdullah Sani, ugutan itu diterima selepas isterinya itu berucap dalam satu majlis PKR mengkritik Zuraida.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang peribadi PKR akan dirujuk lembaga disiplin ]
Hari ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jawatankuasa disiplin PKR dan PH seharusnya mengambil tindakan ahli-ahli yang didapati melakukan serangan terbuka terhadap mana-mana pemimpin parti.
Sementara itu, Zuraida yang juga calon Naib Presiden PKR ketika ditemui media menafikan dakwaan tersebut malah mengakui beliau tidak tahu langsung mengenai tuduhan tersebut.
Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, tindakan Abdullah Sani membuat laporan polis itu wajar sekiranya dakwaan itu betul.
“Ugut apa? Nak telanjang? Haih (terkejut), saya rasa orang cakap tu dalam bahasa metafora hendak telanjang itu nak mendedahkan, bukan nak telanjangkan fizikal dia, saya tak rasa begitu tapi saya tak tahulah apa-apa,” katanya.
Ahad lalu, kem calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli di Seremban, Negeri Sembilan menyasarkan Zuraida yang didakwa tidak membawa banyak perubahan, sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan semasa menerajui sayap parti itu.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Daim cuba halang Anwar jadi PM ke-8? ]
Semalam, Abdullah Sani mendakwa wujud pihak yang cuba mencantas laluan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri ke -8.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan