PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan penuh
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dapat diumumkan kira-kira jam 10 malam
esok.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata keputusan akan terus diumumkan sebaik diperoleh.
"Sekiranya dapat keputusan awal, SPR akan umum awal. Harap-harap
(keputusan) dapat umum sebelum jam 10 (malam)," katanya dipetik NSTP,
hari ini.
Sebelum itu, Mohd Hashim dalam kenyataannya berkata, seramai 14,449,200
pemilih yang berdaftar dengan SPR akan mengundi esok di 8,253 pusat
mengundi yang mempunyai 28,115 saluran tempat mengundi.
Beliau berkata, semua pusat mengundi berkenaan akan dibuka pada jam 8
pagi dan masa pengundian ditutup adalah berbeza-beza mengikut lokasi
pusat mengundi serta jumlah pengundi manakala waktu pengundian ditutup
sepenuhnya pada jam 5 petang.
"Oleh kerana keadaan cuaca pada hari pengundian diramalkan hujan,
pengundi dinasihatkan merancang masa untuk keluar mengundi dan tidak
keluar pada saat akhir terutama bagi yang mengundi di lokasi ditutup
awal," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan