HULU TERENGGANU: Presiden
PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan keyakinan
kemenangan bakal berpihak kepada beliau dalam kes saman fitnah Sarawak Report.
Beliau berkata demikian dalam sesi
Dialog Santai Bersama Ayoh Chik di Markaz Induk PAS Kuala Berang Batu
24, Hulu Terengganu semalam.
Selain menjelaskan bidang kuasa Mahkamah dalam kes tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa dakwaan yang dikemukakan oleh Sarawak Report
sebanyak 55 muka surat terhadap wang RM 90 juta yang kononnya diterima
oleh PAS itu, 50 muka surat daripadanya telah ditolak oleh Hakim.
“Antaranya dia kata duit tu diguna untuk Dato Takiyudin, Setiausaha Agung PAS beli kereta. Takiyudin ini dia peguam, lawyer di Pejabat Lawyer dia. Dia beli dengan duit dia."
“Kemudian Ustaz Tantawi, Ketua
Penerangan PAS, ada kereta, habis segala kereta dia senarai belaka nak
cukupkan RM 90 juta itu”, katanya.
Beliau menjelaskan bahawa kemampuan
kewangan PAS adalah lebih daripada nilai RM 90 juta yang kononnya
diterima oleh PAS. PAS menurutnya memperoleh kutipan derma dan sumbangan
daripada seluruh negara melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan
termasuk ratusan dan ribuan Institusi Pendidikan di setiap peringkat.
“Dan pihak yang membuat fitnah itu,
peguam dia kena bayar kos daripada perbicaraan ini, peringkat pusingan
yang pertama, sebanyak RM 200 ribu dia kena bayar ke kita. Dan tinggal 5
muka surat saja untuk dihujahkan”.
Baiah Umno lagha, tidak sah
Presiden PAS ketika ditanya tentang
baiah yang dibuat oleh Umno, beliau menjelaskan bahawa baiah tersebut
adalah lagha dan tidak sah di sisi syarak.
”Yang ditanya ini ialah baiah, beri pitih supaya orang undi kita, kemudian diminta supaya bersumpah. Macam mana sumpah ini?”
Beliau menyebut bahawa Allah S.W.T
melarang mempermain-mainkan sumpah, seperti yang telah dinyatakan dalam
Surah al-Baqarah ayat 24 dan 225.
Berbeza dengan PAS, calon-calon yang
bertanding sebagai wakil rakyat akan berbaiah memberi ketaatan penuh
kepada Allah dan Rasul, tidak boleh bercanggah dengan al-Quran, Sunnah
dan apa yang diajarkan oleh Islam apabila menang dan memerintah.
Beliau turut menyebut kembali rekod
pemimpin politik yang disoal siasat oleh SPRM atas kesalahan rasuah
dengan jumlah pemimpin BN seramai 71 orang, Pemimpin PH seramai 21 orang
dan tidak ada pemimpin PAS yang disiasat atas kesalahan tersebut.
“Di mana rahsianya? Rahsianya ialah kita
memilih wakil-wakil rakyat kita yang jadi Menteri Besar, jadi Exco,
yang percaya ada dosa pahala,” jelasnya ketika menghuraikan pemilihan
calon-calon PAS turut ditapis oleh Majlis Syura Ulama dalam banyak
sudut.
PAS tawar mansuh pinjaman PTPTN
Presiden PAS memberi jaminan penghapusan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar Universiti jika diberi kuasa memerintah.
Beliau menjelaskan bahawa amalan pendidikan percuma menerusi konsep Negara Kebajikan (Welfare State) pernah dilaksanakan pada awal kemerdekaan namun telah dihapuskan oleh Dr Mahathir apabila memerintah Malaysia.
”Negara Kebajikan ini dimansuhkan tahun 80-an bila Dr Mahathir ambil pemerintahan negara. Dia buat negara Korporat, negara berniaga, penswastaan.”
”Negara Kebajikan ini dimansuhkan tahun 80-an bila Dr Mahathir ambil pemerintahan negara. Dia buat negara Korporat, negara berniaga, penswastaan.”
“Negeri kita ada minyak, laut-laut kita
ada minyak. Dikatakan minyak dalam laut kita ini nombor 1, minyak yang
paling baik, guna untuk kapal terbang. Jadi kerajaan kita eksport ke
luar negeri, jual untuk kapal terbang.”
”Duit ini guna untuk beli minyak luar
negeri, bawa masuk dalam Malaysia. Masalahnya, syarikat-syarikat yang
ambil minyak ini dia naikkan harga, barang jadi naik, bukan minyak
kerete saja naik, barang-barang yang dibawa pun naik, menyebabkan
berlaku inflasi, tingkat kos sara hidup yang sangat membebankan.”
Beliau memberikan penjelasan bahawa
sumber pendapatan negara terbahagi kepada dua, iaitu hasil bukan cukai
seperti minyak yang sedia ada dalam negara, dan hasil cukai seperti
produk atau barang yang dibawa masuk ke dalam negara.
Menurutnya, Malaysia mempunyai hasil
bukan cukai yang banyak yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan
percuma, dan mengurangkan cukai-cukai yang membebankan rakyat. Cukai
Korporat, cukai industri dan cukai perkilangan juga boleh dinaikkan bagi
menampung usaha melaksanakan pendidikan percuma. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan